Taman Tema Star Wars Bakal Dibuka Menjelang 2019

0
6582
Gambaran illustrasi artis tentang Star Wars Land. Gambar: Disney

Nampaknya cita-cita peminat setia Star Wars untuk merasai sendiri pengalaman di set filem bersiri terkenal ini kerana satu khabar gembira telah disahkan oleh Ketua Eksekutif Operasi Disney, Bob Iger.

BACA: Jadi Ultraman Pun Boleh

Taman tema bernama Star Wars Land itu akan dibuka pada tahun 2019 di Disney’s Hollywood Studio, Florida dan Disneyland dan ia susulan daripada pengumuman Iger ketika konvensyen tahunan Disney pada thaun 2015.

Gambaran illustrasi artis tentang Star Wars Land. Gambar: Disney

Kawasan taman tema itu dijangka mempunyai keluasan seluas 14 ekar dan latar tempatnya akan diilhamkan daripad sebuah planet yang peminat Star Wars sendiri tidak pernah melihatnya di dalam filem dan taman tema itu akan memperkenalkan karakter-karakter dan tempat yang baru.

Buat masa ini pembinaan taman tema tersebut telah dijalankan walaupun tarikh pembukaannya masih lagi jauh ke hadapan.

VIDEO: Pecah Perut Makan Western Dalam Dulang Ni!!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram