Tanam Bunga Kantan Belakang Rumah Jana RM2,000

0
26068
Jamil sedang menuai bunga kantan di belakang rumahnya. Gambar: Screenshot video Mstar

Tiada siapa sangka bermula niat hanya suka-suka menanam ulam-ulaman dan herba di belakang rumah kini telah menjadi salah satu punca rezeki buat seorang pesara yang berasal daripada Perak.

Baca: Cepat, Mudah Dan Ringkas, Sediakan Ayam Panggang Hanya 5 Minit

Jamil Ahmad, 55, mula menanam ulam-ulaman dan herba semenjak 1990-an sekitar rumahnya yang terletak di Kampung Ekor Lambat, Bota, Perak dan setelah beliau bersara daripada menjadi seorang tentera pada tahun 2003 beliau mula serius mengusahakan tanaman bunga kantan di sekitar rumahnya.

Pada mulanya dia menanam bunga kantan untuk sekadar memenuhi masa lapangnya tetapi setelah menyedari bunga kantan permintaan dan harga yang tinggi yang sehingga RM2.50 sekuntum ketika itu.

Sekadar gambar hiasan. Gambar: Malaysia Pavillion

Sejak daripada itu beliau mula giat menanam pokok bunga kantan di sekitar rumahnya dan tanah di kampungnya yang beliau fikirkan sesuai untuk menanam pokok herba tersebut. Selain itu beliau turut mendapatkan persetujuan daripada tuan tanah sebelum mula menanam di kawaasan tersebut.

Menurut Jamil beliau memilih untuk nenanam pokok bunga kantan kerana ia tidak memerlukan proses perjagaan yang rapi dan rumit serta kurang dimusnahkan oleh makhluk serangga.

“Pokok bunga kantan ini mudah ditanam kerana serangga jarang mendekati pokok ini dan proses menanamnya juga senang, hanya perlukan air dan sedikit baja,” beritahu Jamil ketika ditemui oleh Mstar.

Sekadar gambar hiasan. Gambar: Women Online Magazine

Beliau turut menambah, proses tuaian bunga kantan dilakukan sebanyak tiga kali seminggu setelah pokok bunga kantan itu matang setelah enam bulan dan kini Jamil mampu meraih pendapatan sehingga RM2,000 sebulan hasil daripada tuaian bunga kantan.
.
Buat masa sekarang Jamil membekalkan stok bunga kantan untuk para peniaga laksa, nasi kerabu dan kedai makan sekitar Parit dan Batu Gajah. Selain itu beliau turut membekalkan bunga kantan di hotel-hotel sekitar Bandar Seri Iskdandar, Perak.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram