Tangga Eiffel Tower Bernilai Jutaan Ringgit

0
509

Selepas pra-jualan sebahagian tangga daripada Menara Eiffel di Paris telah dijual lebih daripada setengah juta euro, kira-kira 10 kali ganda daripada harga anggaran.

BACA: 10 Lokasi Selfie Paling Menjadi Tumpuan Di Seluruh Dunia

Dalam satu sesi bidaan di Paris, pemegang tangga dari tingkat dua dan tiga menara yang menjadi ikonik Paris itu telah dijual dengan harga $556,000 (RM2.4 juta).

Menurut Rumah Lelong Articurial, pada jualan yang dilakukan pada Selasa baru-baru ini telah mendapat sambutan luar daripada jangkaan apabila beberapa pembeli antarabangsa membida dengan pantas dari €20,000 euro jauh meninggalkan anggaran €40,000.

tangga-eiffel-tower-benilai-jutaan-ringgit-vitdaily-02

Menerusi laporan AFP, lelongan tersebut telah dimenangi oleh pembeli dari Asia dengan membida melalui telefon.

Dibina pada tahun 1889, tangga yang dibina oleh jurutera lagenda Perancis, Gustave Eiffel bertujuan sebagai pusat Pameran Universal Paris.

Setelah Menara Eiffel terus menjadi binaan ikonik kepada Paris dan paling kerap dilawati walaupun pada mulanya mahu dirobohkan beberapa tahun selepas pameran tersebut.

Sehingga kini Menara Eiffel masih menjadi bangunan ketiga tertinggi di Parancis dan pernah menjadi bangunan tertinggi dunia selama 41 tahun selepas pembinaan Bangunan Chrysler di New York pada tahun 1930.

tangga-eiffel-tower-benilai-jutaan-ringgit-vitdaily-03

Pada tahun 1983, tangga menara tersebut telah dikeluarkan dari menara bagi memberi laluan kepada lif dan dipotong menjadi 24 bahagian.

Beberapa bahagian telah dibeli oleh muzium dan bakinya yang lain diletakkan di taman Yayasan Yoshii di Yamanashi di Jepun, di tepi Statue of Liberty di New York dan di Walt Disney World di Florida.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram