Tanggung Risiko Jual Nasi Lemak 50 Sen

0
10013
Gambar: Sinar Harian

Bagi mengubah tanggapan orang ramai berkenaan harga makanan yang mahal di Terengganu, seorang pengusaha kedai makan di sini mengambil langkah dengan menjual nasi lemak serendah RM0.50 sen.

BACA: 5 Tanda Anda Ketagih Teruk Makanan Segera

Pemilik Dapo Barokah, Azahari Yusof, 39, berani meletakkan harga sedemikian untuk nasi lemak sambal ikan bilis ini kerana rasa tanggungjawapnya untuk mengembirakan hati pelanggan kedainya.

Menu yang dikenali dengan Nasi Lemak Samah ini dibuat sendiri oleh isterinya Elmawati Eri, 33, di kedai makan mereka yang terletak di Jalan Durian Burung, Kuala Terengganu.

Para pelanggan di Dapo Barokah. Gambar: Facebook Dapo Barokah

“Idea menjual nasi lemak pada harga 50 sen ini timbul bila dengar rungutan rakan-rakan termasuk orang luar [Terengganu] bahawa makanan di negeri ini mahal berbanding di tempat lain,” kata Azahari ketika ditemui Sinar Harian.

Bagi Azahari apa yang penting adalah kepuasan pelanggan walaupun keuntungan yang diperolehinya tidak setinggi mana.

“Kalau sebelum ini kita buat nasi lemak dan bungkus siap-siap, sekarang kita tukar strategi perniagaan dengan menerima tempahan bagi menu itu. Selain itu, ada menu lain seperti nasi lemak telur, nasi lemak ikan dan nasi goreng ikan. ujarnya lagi.

DR ABC di Dapo Barokah. Gambar: Facebook Dapo Barokah

Selain nasi lemak, Dapo Barokah turut menyediakan menu masakan panas untuk sebelah petang dengan harga bermula RM3.50.

Dalam masa yang sama Azahari turut memperkenalkan menu Doktor ABC yang mengandungi 13 bahan dengan harga hanya RM3.50 semangkuk dan Meksi ABC dengan harga RM2.50.

Dapo Barokah memulakan waktu operasinya pada jam 3 petang sehingga 12.30 tengah malam untuk orang ramai menjamu selera bagi minum petang dan makan malam.

VIDEO: 40 Nasi Lemak Boleh Makan Sekali Hadap?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram