Teksi Terbang Pandu Sendiri Di Dubai Mulai Julai Ini

0
8959

Setahun yang lalu, sebuah syarikat daripada China telah membangunkan satu drone yang bersaiz besar dan mampu untuk mengangkut manusia dari satu tempat ke destinasi yang lain.

BACA: Pemandangan Menakjubkan Dubai Dari Atas Bangunan Pencakar Langit

Prototype EHang 184 itu telah dipamerkan buat julung kakinya pada Consumer Electronics Show di Las Vegas pada Januari 2016 dan pada tahun ini model drone tersebut siap sedia untuk digunakan sebagai teksi komersial di Dubai.

Drone yang dibina dan mampu untuk memuatkan seorang penumpang itu dijangkakan akan bermula pada Julai tahun ini seperti yang dilapor Telegraph UK.

“Drone ini bukan sekadar model dan pihak kami telah melakukan percubaan sebenar untuk terbangkan kenderaan ini di Dubai,” ujar Ketua Agensi Pengangkutan Dubai, Mattar al-Tayer.

Kenderaan yang mampu terbang sendiri ini boleh terbang tanpa pengawasan manusia untuk perjalanan 23 minit. Selain itu EHang 184 ini mampu terbang untuk 30 minit tanpa henti dengan sekali caj.

Para penumpang yang menaiki drone ini hanya perlu memasukkan destinasi yang hendak dituju dan ia akan secara automatik membawa penumpang ke tempat tersebut tanpa perlu dikawal oleh penumpang.

Bagi aspek keselamatan, drone ini sentiasa dihubungkan dengan pusat kawalan yang akan sentiasa memeriksa tahap keselamatan drone dan penumpang.

Oleh kerana ciri keselamatan juga, drone ini tidak akan diterbangkan ketika cuaca buruk dan sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini, drone ini akan segera mendapat di kawasan selamat seperti yang ditetapkan.

Nampaknya impian kita untuk melihat kereta terbang bukan lagi satu imaginasi kerana ia telah direalisasikan dengan drone EHang 184 ini.

VIDEO: Fryday – Karipap Ikea

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram