Terbang Ke Hawaii Bersama AirAsia X Serendah RM499

0
144

Satu berita baik bagi mereka yang merancang untuk pergi melancong atau mengembara kerana bermula 28 Jun tahun ini AirAsia X akan memulakan penerbangan ke Honolulu, Hawaii melalui Osaka dengan kekerapan sebanyak empat kali penerbangan dalam seminggu.

BACA: AirAsia X Bakal Terbang Ke Amerika Syarikat

Oleh itu satu tawaran tambang serendah RM499 untuk tempahan yang dibuat daripada 11 Februari sehingga 26 Februari untuk penerbangan 28 Jun hingga 6 Februari tahun hadapan.

Gambar: The Star

Pada 24 Januari yang lalu, AirAsia X telah mengumumkan bahawa mereka mendapat kebenaran daripada Federal Aviation Authority (FAA) untuk terbang ke mana-mana destinasi di Amerika Syarikat serta membuka pintu yang lebih luas untuk AirAsia menerokai pasaran yang lebih luas.

“Ini adalah laluan yang ditunggu-tunggu AirAsia selama ini. Menghubungkan negara Asean dengan Amerika Syarikat melalui penerbangan tambang rendah akan merealisasikan impian mereka yang ingin terbang ke sana,” menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun seperti yang dilaporkan The Star.

Bagi penumpang AirAsia X yang transit di Osaka tiak memerlukan visa bagi memasuki Jepun ketika dua jam transit dan boleh kembali ke tempat duduk masing-masing di dalam pesawat setelah pihak sekuriti menjalankan pemeriksaan bagasi dan barangan.

Selain itu para penumpang juga menggunakan servis AirAsia Fly-Thru untuk berhubung dengan mudah ke Honolulu dari destinasi lain dalam rangkaian penerbangan AirAsia X dan AirAsia dengan hanya satu hentian tambahan.

Malah para penumpang yang inginkan perjalanan yang lebih fleksibel boleh memilih untuk singgah beberapa hari di Osaka sebelum meneruskan perjalanan ke Honolulu.

VIDEO: Vitdaily Terjah Port Dickson

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram