Tiada Gerai Burger Ketika Thaipusam Di Ipoh Tahun Ini

0
1003
Gambar: The Malay Mail Online

Bersempena sambutan Thaipusam tahun ini, tiada gerai burger dibenarkan beroperasi berhampiran dengan tempat sambutan perayaan tersebut kerana untuk mengurangkan jumlah pembuangan sampah.

BACA: Thaipusam Tahun Ini Jimat Kelapa

Keputusan yang diambil oleh Hindu Devasthana Paripalana Sabah, Ipoh dan juga pihak berkuasa tempatan (PBT) itu kerana tahun-tahun sebelum itu terlalu banyak sampah pembalut makan yang dibuang sepanjang sambutan perayaan itu.

Pengerusi pertubuhan itu, RV Suppiah ketika ditemui Malay Mail memberitahu, keputusan itu diambil setelah perbincangan bersama PBT kerana sebelum ini terlalu banyak pembalut burger dijumpai dibuang berhampiran padang Taman DR Seenivasagam dan Padang Ipoh.

Gambar: roreyandcody.wordpress.com

“Kami mengalakkan gerai-gerai makanan menjual makanan berunsurkan vegetarian lagipu perayaan ini adalah majlis keagamaan,” ujarnya lagi.

Suppiah turut memberitahu tong sampah dan tempat pembuangan sampah yang secukupnya akan disediakan di tempat-tempat yang sambutan bagi memudahkan orang ramai membuang sampah sarap mereka.

Tambahnya lagi Kuil Kallumalai Arulmigu Subramaniar di Gunung Cheroh, Ipoh akan menyediakan makanan tengah hari untuk 10,000 bungkus manakala Kuil Sri Maha Mariamman di Buntong akan menyediakan 5,000 bungkus makanan.

Pihak kuil menjangkakan seramai 350,000 penganut dan pelancong akan memenuhi kawasan sambutan dan sebanyak 5,000 bekas susu dan 4,000 orang penganut akan mengambil bahagian bagi upacara di Kuil Kallumalai.

Kereta berhias daripada Kuil Mariamman akan berlepas daripada Kuil Kallumalai pada jam 6.30 pagi dan dijangka sampai ke destinasi pada waktu tengah hari. Manakala ia akan kembali ke Kuil Mariamman pada pukul 3 petang hari jumaat.

Beberapa jalan raya akan ditutup ketika upacara berlangsung dan Suppiah meminta kesemua penganut dan pelawat mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan pihak pengurusan kuil.

VIDEO: Ayam Goreng Cicah Cheese Lagi Sedap Dari Ayam Pasar Malam?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram