Tiada Kesan Tikus Di 7 Eleven

0
730
Seekor tikus kelihatan di dalam ruang pemanas makanan sebuah kedai 7-Eleven di Kelana Jaya, Selangor. Gambar: Facebook Aman Syah

Satu pemeriksaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah diadakan di premis kedai 7-Eleven, Kelana Centre Point berikutan viralnya gambar tikus yang berada di dalam mesin pemanas makanan di kedai serbaneka itu pada 2 Januari yang lalu.

BACA: Bakeri Ada Tikus Mohon Maaf, Tutup Kedai

Menurut ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, selepas pemeriksaan diadakan tidak menunjukkan sebarang kesan tikus di premis tersebut.

Siasatan di premis tersebut dijalankan kerana telah timbul kebimbangan dalam kalangan pelanggan kedai serbaneka itu

Beliau turut menambah KKM sedar akan kejadian tersebut dan hasil siasatan menunjukkan kabinet kaca dalam gambar yang telah viral itu tertutup rapat sewaktu kejadian.

“Kementerian memandang serius semua perkara berkaitan keselamatan makanan dan para pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan terdekat atau melayari laman web kementerian atau Facebook bagi mengakses Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan jika ada aduan mengenai keselamatan makanan,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Gambar yang menunjukkan seekor tikus berada dalam mesin pemanas di kedai serbaneka tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna di Facebook dan ia telah viral dan menerima pelbagai respon daripada banyak pihak.

Pada tahun lalu sepanjang Januari hingga November, KKM telah menjalan 126,086 pemeriksaan dan siasatan di premis makanan serata Malaysia dan kesan daripada itu 146 premis makanan telah ditutup mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan 91 kompaun turut dikeluarkan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram