Tinggal 2 Makanan, Berat Turun 16Kg Sebulan

0
166419

Mengubah cara makan dan gaya hidup untuk menjadi lebih sihat memang satu perkara yang berat untuk dilakukan kerana memerlukan kekuatan dalaman diri dan hati yang tekad.

BACA: Anda Ingin Kurus? Buat Enam Perkara Ini

Akan tetapi hasil daripada itu memberikan anda satu kepuasan apabila melihat perubahan tubuh yang semakin mengecil dan berat yang semakin berkurangan.

Seorang gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim yang berjaya mengurangkan berat sebanyak 16 kilogram dalam masa sebulan dengan mengubah cara pemakanan dan gaya hidupnya.

Nur Shaerah mempunyai berat 69 kilogram dengan ketinggian 145 sentimeter dan ketika itu dirinya berasa tidak selesa dengan berat badan tersebut.

Berikut adalah tips dan cara yang dibuat oleh Nur Shaerah ketika hendak menurunkan berat badannya daripada 69 kilogram kepada 43 kilogram. Kami cuba untuk menghubungi Nur Shaerah untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang pengalamannya tetapi tidak berjaya.

Fokus pada sasaran hendak dicapai

Perkara pertama yang dibuat Nur Shaerah adalah dengan menetapkan sasaran berat yang hendak dicapainya dan fokus terhadap target tersebut.

Keduanya beliau turut mengelak untuk makan makanan yang mempunyai sumber karbohidrat seperti nasi, kuew tiaw, bihun, mi, spaghetti, mi segera dan juga roti untuk jangka masa sebulan.

Selain itu Nur Shaerah turut tidak mengambil sebarang makanan yang manis seperti coklat, aiskrim dan air bergula serta memperbanyakkan meminum air kosong.

Perancangan menu dietnya


Berikut adalah perancangan diet yang dikongsikan oleh Nur Shaerah.

Pagi: Telur dua biji

Tengah hari:
Lauk ayam atau sumber protein yang lain seperti ikan atau udang. Selain itu beliau turut wajib mengambil sayur-sayuran.

Minum petang: Sekiranya lapar, beliau akan mengulang makan lauk seperti makan tengahari.

Makan malam: Beliau jarang makan malam kecuali jika betul-betul lapar, Nur Shaerah akan mengambil buah-buahan.

Snek: Cara untuk memastikan tidak mengambil snek yang tidak berkhasiat adalah Nur Shaerah mempunyai satu bekas yang mengandungi ikan bilis goreng untuk dikunyah jika berasa lapar.

Bersenam setiap hari

Antara rutin senaman yang dilakukan Nur Shaerah ketika usahanya untuk menurunkan berat badan adalah dengna melakukan zumba pada setiap hari iaitu waktu pagi dan petang.

Beliau menyarankan untuk mengikuti cara senaman persian zumba kerana mampu membuatkan seseorang itu berpeluh lebih banyak.

Kini Nur Shaerah mempunyai berat 43 kilogram dan secara langsung beliau mula berhati-hati dengan pemakanan dan sehingga kini beliau tetap tidak mengambil sebarang minuman yang bergula.

VIDEO: Spaghetti Padu By Vitdaily

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram