Tips Jika Anak Menangis Dalam Penerbangan

0
554

Bagi ibu bapa yang membawa anak kecil mereka yang masih bayi pasti akan merasai kerisauan apabila menaiki kapal terbang kerana mood seorang bayi tidak dapat dijangka dan mereka tidak mampu melahirkan perasaan dengan kata-kata.

BACA: Kajian: 93% Orang Malaysia Tak Mampu Beli Rumah?

Oleh kerana itu jugalah bayi akan menangis apabila inginkan sesuatu atau rasa tidak selesa dan kebiasaannya keadaan di dalam kapal terbang juga pasti akan memberi kesan kepada mood bayi.

Berada dalam tempat yang tertutup dan tekanan udara yang berbeza pastinya membuatkan ibu bapa berasa kalut apabila bayi mereka menangis.

Keadaan tersebut mungkin akan difahami oleh penumpang yang lain walau bagaimanapun semestinya akan ada yang berasa terganggu.

Apa yang ibu bapa perlu buat adalah cuba memujuk bayi anda dan buatkan mereka rasa selesa dengan memberikan permainan untuk buat mereka terleka ataupun pakaikan pakaian yang selesa.

Anda juga boleh dapatkan bantuan daripada pramugara atau pramugari, kami pasti mereka tidak akan menolak untuk membantu anda.

Seterusnya kami juga cadangkan anda lakukan seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, iaitu Azuan Jamaludin berkenaan seorang ibu mengagihkna pek kecil berisi makanan yang mengandungi nota meminta maaf.

Menurut Azuan, bayi kepada seorang ibu yang berasal dari Korea telah menangis hampir 15 minit sebelum penerbangan berlepas setelah kapal terbang mula stabil bayi tersebut berjaya ditenteramkan.

Selepas itu ibu kepada bayi tersebut bangun dan mengedarkan pek makanan berserta nota meminta maaf yang comel kepada penumpang kapal terbang ketika itu.

Kami pasti dengan cara ini ia dapat membuatkan penumpang lain berasa lembut hati dan memahami keadaan anda yang lalui ketika bersama anak anda.

VIDEO: Nasib Baik Sempat Rembat Daging Kicap

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram