Tipu Keracunan Makanan Demi Balik Kampung

0
1144

Adalah menjadi kebiasaan hidup di sekolah berasrama penuh yang sentiasa sibuk setiap hari, tidak boleh keluar dari sekolah pada hari biasa dan jarang dapat balik ke rumah. Ini membuatkan kira-kira 30 orang pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, Pahang mengadu terkena keracunan makanan.

BACA: 10 Gambar Kantin Sekolah Ala Kafe Hipster

Pengetua sekolah, Zaberi Abdul Hamid menjelaskan bahawa tiada kes keracunan makanan yang berlaku tetapi ianya menjadi helah kepada pelajar tingkatan satu dan dua untuk balik bercuti di rumah.

Sumber dari siakapkeli.my

Zaberi menjelaskan terdapat beberapa pelajar yang demam tetapi yang lain tiada terkena keracunan makanan setelah dibawa ke klinik dan disiasat.

Pelajar tingkatan empat dan lima tidak mengalami sebarang keracunan makanan walaupun mereka makan di dewan makan asrama yang sama.

“Pemantauan ke atas keperluan dan keadaan semasa pelajar sentiasa dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan tiada perkara buruk menimpa mereka sepanjang mereka berada di bawah jagaan pihak sekolah,” Katanya kepada Bernama.

Mereka yang terlibat mungkin tidak biasa bersekolah di asrama penuh dan masih dalam proses menyesuaikan diri jauh dari keluarga untuk tempoh yang lama.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sesat Dalam Hutan Buluh?