Tradisi Perang Kek Tahi Lembu Di India

0
4091

Sekali dengar terasa pelik dan menjijikkan pula bila terbayangkan najis lembu berterbangan dalam segerombolan orang ramai namun itulah satu tradisi yang unik di sebuah perkampungan di India.

BACA: Kajian: Susu Zirafah Lagi Tinggi Khasiat Dari Susu Lembu

Tradisi perang najis lembut ini diadakan setiap tahun di perkampungan Kairuppala, India yang mana najis lembu akan dikepal seperti bentuk kek dan akan digunakan sebagai senjata.

Seperti mana tradisi masyarakat yang lain, acara ini juga mempunyai hubung kait dengan adat kepercayaan nenek moyang dan dipercayai boleh memberikan kesihatan yang baik dan kesejahteraan hidup.

Ini kerana menurut cerita lagenda, Tuhan Veerabhadra Swamy telah bergurau tidak mahu berkahwin dengan Dewi Bhadrakhali sehinggakan menyebab kemarahan Bhadrakhali dan pengikutnya.

Oleh itu, mereka telah memukul Veerabhadra Swamy menggunakan kepingan najis lembu sehingga terjadi pertempuran antara dua pihak tersebut.

Pertempuran tersebut berakhir dengna perkahwinan antara dua pihak tersebut dan sehingga kini penduduk Kairuppala meneruskan tradisi tersebut ketika ingin meraikan ikatan pernikahan.

Penduduk kampung akan dibahagi kepada dua kumpulan yang masing-masing mewakili Veerabhadra Swamy dan Bhadrakali dan akan bertempur tanpa belas kasihan selama setengah jam.

Kebiasaannya pertempuran ini akan berakhir dengan perkara yang mengembirakan iaitu sebuah perkahwinan.

VIDEO: Bila Makanan Panas, Tapi Kau Tibai Jugak🔥 🔥

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram