Di saat kanak-kanak lain lebih suka bermain bersama rakan sebaya, kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun ini lebih suka masuk ke dapur.

Gaya pelajar Sekolah Kebangsaan Yong Peng ini memasak mencuri perhatian orang ramai apabila video diambil oleh bapa saudaranya menunjukkan dia sedang memasak nasi goreng tular di laman sosial.

BACA: Lewat Hidang Makan, Suami Tembak Isteri

Siti Nurfatihah Mohd Faizi, 9 tahun, nampak agak mahir dan selesa menggunakan peralatan memasak di dapur. Malah, dia kelihatan pandai mengawal api ketika memasak.

Dia yang juga lebih mesra dipanggil Tihah itu dibesarkan di kedai makan ibunya di Yong Peng, Johor dan itu menjadi sebab utama bagaimana dia mahir memasak pada usia muda.

Siti Norasiken Yusof, 30 tahun, menjelaskan anaknya sudah biasa dengan persekitaran kedai makan miliknya sejak dia masih kecil lagi.

Sumber dari kisahdunia.com

“Sebab tu saya tak terkejut sangat dia minat masak, tapi saya akui dengan umurnya yang masih muda, kemahirannya itu agak luar biasa berbanding kanak-kanak lain,” katanya.

“Bayangkanlah umur lima tahun dia dah minat pegang senduk nak menggoreng tapi saya tak benarkan sebab masa tu dia tak cukup tinggi,” ujarnya kepada mStar.

Malah, Tihah juga dikatakan pandai memasak nasi goreng, mi goreng serta telur mata semasa dia berusia lapan tahun. Tetapi, masakan Tihah tidak akan dihidang kepada pelanggan kedainya kerana dia memasak hanya untuk suka-suka dan untuk dirinya.

Namun, Tihah pernah memberi peniaga-peniaga lain menjamah makanannya itu. Dia juga disenangi oleh peniaga lain kerana keramahannya malah dia turut dipanggil Joyah kerana kepetahannya bercakap.

Menurut Norasiken, dia tidak pernah mengajar anaknya memasak tetapi dia percaya anaknya mempunyai bakat semulajadi dalam bidang masakan. Tihah juga bercita-cita untuk menjadi tukang masak terkenal serta membuka restoran sendiri apabila dia besar nanti.

Walau bagaimanapun, Norasiken sentiasa memesan kepada anak bongsunya itu supaya berhati-hati ketika memasak. Adakalanya dia turut marah jika dia melihat situasi terlalu bahaya untuk anaknya.

Kami berharap adik Tihah berjaya mencapai cita-citanya memandangkan dia mempunyai kemahiran memasak dan bakat semulajadi sebagai tukang masak.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan Steamboat Murah Kat Kelantan, RM20 Je Wei!