Sekumpulan lima lelaki berbangsa Cina menunggu azan untuk makan di sebuah kompleks membeli-belah AEON Melaka menarik perhatian seorang pengguna laman sosial.

BACA: Makcik Jual Rebung Buat Mufti Perlis Tersentuh

Pengguna laman sosial Facebook, Mas Intan memuat naik gambar beserta status memuji kelima-lima lelaki tersebut kerana menghormati umat Islam yang sedang menunggu waktu berbuka.

“Mereka tak sentuh langsung makanan tersebut..sehingga la azan berkumandang, mereka berpusing-pusing perhatikan sekeliling nak pastikan sama ada boleh makan atau belum,” kata Mas Intan.

Apabila azan berkumandang, mereka akan memastikan umat Islam sudah makan barulah mereka mula makan. “Tahniah untuk kamu berlima. Terima kasih kerana menghormati kami,” ujarnya lagi.

Sumber dari fb mas intan

Perkongsian gambar ini telah mendapat perhatian daripada seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan rata-rata memberi komen yang positif terhadap tindakan sekumpulan lelaki Cina tersebut.

Sumber dari fb mas intan

Ramai yang menghormati mereka kerana mereka begitu menghormati umat Islam dan ada juga mengucapkan tahniah kepada mereka.

Semoga kita sebagai rakyat Malaysia sentiasa bersatu-padu tidak kira bangsa dan agama dan semoga negara kita aman damai tanpa ada perpecahan kaum.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Layan Luke’s Lobster Di Shibuya