Roti merupakan makanan harian terutama pada waktu pagi. Selain itu, roti juga menjadi pilihan orang bekerjaya untuk makan sambil bekerja ketika mereka tiada masa untuk sarapan.

Baru-baru ini, syarikat pengeluar roti Gardenia mengambil keputusan untuk menaikkan harga roti mereka. Roti jenama popular Malaysia itu telah menaikkan harga roti mereka kepada pihak peniaga sebanyak 15 sen.

BACA: Roti Bakar Unicorn Wujud Di Malaysia?

Sumber dari ykljonlineshop.com

Syarikat itu telah menaikkan harga roti sejak tiga hari lepas selepas mereka memaklumkan penyelarasan harga baru kepada pihak peniaga.

Sumber dari pasartap.com

Pemilik pasar mini Chuan Huat, Puan Tan melaporkan kepada Sin Chew Daily harga terbaru bagi Gardenia 400gram ialah RM2.50 setelah dinaikkan 10 sen dan roti 50gram pula menjadi RM0.90 selepas harganya dinaikkan 5 sen. Namun, harga kek jenama Gardenia masih kekal seperti biasa.

Sumber dari topbaker.com.my

Selain roti jenama Gardenia, terdapat satu jenama roti yang bakal menurut langkah syarikat Gardenia iaitu jenama Top yang bakal menaikkan harga roti keluaran mereka mulai hari ini.

“Bagi jenama Top 400g, mulai Sabtu ini ia akan dinaikkan kepada RM2.30, bagi 550g, harganya ialah RM3.20 dan 90 sen bagi 55g,” ujar Tan.

Ramai pelanggan kedai Tan melahirkan rasa terkejut mengenai kenaikan harga roti ini kerana harga tepung dan gula masih kekal seperti biasa.

“Kami sebagai peruncit hanya mengikut harga ditetapkan oleh pengeluar. Saya sendiri pun tak pasti apa punca kenaikan harga roti ini,” tambahnya lagi.

Dengan kenaikan harga roti ini, sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi harga makanan yang menggunakan roti dari jenama-jenama roti tersebut.

Diharapkan pemilik kedai makan tidak mengambil kesempatan ini dengan menaikkan harga yang tidak munasabah kepada pelanggan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Roti Bakar Kornet? (Jangan Pikir Lucah) | Day 2 In Jakarta