Wanita Dakwa Tauhu Kering Mengandungi Plastik?

0
214
Gambar: Facebook Cherry Yeong

Pada zaman sekarang timbul beberapa kerisauan berkenaan keselamatan makanan harian kerana terdapat beberapa dakwaan yang mengatakan terdapat beberapa jenis makanan yang ditiru seperti sebelum ini tersebarnya video pembuatan telur tiruan serta beras yang didakwa diperbuat daripada plastik.

BACA:
6 Jenis Makanan Harian Tiruan Di China

Pada 29 Disember yang lalu seorang pengguna laman sosial media, Cherry Yeong telah memuatnaik video rakaman yang mendakwa tauhu kering atau juga dikenali fucuk yang dibelinya telah dicampur dengan plastik.

Menurut Cherry, tauhu kering itu dibeli oleh ibunya daripada kedai runcit dan dia menyedari tauhu kering itu masih lagi keras selepas merendam tauhu kering tersebut di dalam air sebelum memasak.

Gambar: Facebook Cherry Yeong

Kebiasaannya tauhu kering yang direndam akan menjadi lembut tetapi berlainan dalam situasi yang dihadapi oleh Cherry. Selepas itu, dia cuba menegangkan tauhu kering tersebut dan mengejutkannya tauhu kering tersebut mengembang dua hingga tiga kali ganda daripada saiz asal sebelum ia koyak.

Menerusi video itu Cherry merasa hairan dengan tauhu kering tersebut kerana kebiasaannya tauhu kering tidak akan mengembang apabila ditegangkan dan dia merasakan tauhu kering itu telah dicampur dengan plastik.

Video yang telah ditonton lebih daripada 1.4 juta orang itu menerima pelbagai respon daripada orang ramai dan ada yang mengatakan keadaan tauhu kering itu adalah normal sekiranya tidak direndam dengan betul

Gambar: Facebook Cherry Yeong

Selain itu ada juga berpendapat adalah mustahil tauhu kering itu dicampur dengan plastik kerana harga plastik lebih mahal daripada harga tauhu kering itu.

Setelah menonton video tersebut kami juga merasa ragu dengan keaslian tauhu kering tersebut walau bagaimanapun kita perlu tunggu sehingga siasatan dijalankan untuk mengetahui cerita sebenar.

Kami sertakan juga video daripada Cherry berkenaan tauhu kering tersebut dan mungkin anda boleh menilainya sendiri.