Wanita Kelantan Asyik Menari Poco Poco Diserbu

0
2866
Sekadar gambar hiasan

Ketika sedang asyik dan gembira menari tarian poco-poco, sekumpulan wanita telah terkejut dengan serbuan oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

BACA: Sarapan Di Kelantan Naik Harga Namun Tetap Murah

Serbuan yang dilakukan pada 10.30 malam itu turut dilakukan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setelah memperolehi maklumat penganjur tidak mempunyai permit.

Menurut Harian Metro, ketika serbuan dilakukan tetamu dihiburkan dengan muzik dan 10 wanita sedang menarik tarian poco-poco.

Menurut ketua operasi, Mohd Halimie Md Salled, majlis makan malam itu dianjurkan secara pensendirian dan tidak mendapat kelulusan maklumat orang awam.

“Ketika diserbu, 10 wanita asyik menari dan tidak menyedari majlis terbabit diserbu sehingga muzik dihentikan.

“Selepas pemeriksaan dijalankan, penganjur majlis yang juga wanita berusia 34 tahun didapati tidak memohon kelulusan MPKB-BRI,” katanya.

Tambahnya lagi, MPKB-BRI telah mengeluarkan kompaun kepada penganjur mengikut Enakmen Hiburan yang mengadakan hiburan tanpa permit dan pergaulan bebas lelaki dan wanita.

Set sistem PA turut disita ketika persembahan dengan nilai rampasan sebanyak RM5,000.

VIDEO: Vitdaily Jumpa Awek Korea?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram