Wanita Korea Cantik Kerana Lemak Kuda?

0
3739

Tidak dinafikan wanita Korea Selatan terkenal dengan kecantikan mereka sehinggakan ramai wanita di luar sana yang mengimpikan untuk menjadi cantik seperti mereka.

BACA: Kimci Rahsia Lelaki Korea Berkulit Licin

Selain rawatan kosmetik yang banyak di sana terdapat trend yang semakin terkenal iaitu menggunakan lemak kuda sebagai krim muka.

Mungkin anda berasa pelik mengapa wanita Korea Selatan menyapukan lemak kuda untuk kulit wajah mereka.

Ini kerana dikatakan lemak kuda kaya dengan asid lemak dan asid lemak tak tepu serta tinggi bahan anti-radang.

Selain itu bahan ini juga kaya dengan kandungan pemulih kecelaan serta boleh menjadi bahan pelembab yang baik.

Sebenarnya lemak kuda telah lama digunakan oleh negara lain seperti Mongolia, China dan Jepun yang mana lemak tersebut dijadikan minyak untuk disapu pada kulit.

Bahkan terdapat kajian yang dijalankan oleh Keimyung University School of Medicine tentang lemak kuda yang mempunyai bahan antibakteria dan mampu merawat kegatalan.

Bagi pengetahuan anda, kuda tidak mempunyai lemak yang tinggi kerana kekuatan otot yang dimiliki, jadi lemak tersebut lazimnya akan diperolehi daripada bahagian buah pinggang, leher dan hati.

Terdapat juga barangan kosmetik yang dimasukkan lemak kuda supaya lebih berkesan untuk kulit wanita.

Jadi para wanita di luar sana bolehlah pertimbangkan untuk menggunakan lemak kuda bagi mendapatkan kulit yang cantik.

VIDEO: TerjahFoodtruck: Foodtruck Jual Dessert Padu?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram