Warden Dera Thaqif Ada Rekod Jenayah Lampau

0
9029

Susulan kes seorang pelajar tahfiz yang didakwa didera oleh warden asrama madrasah tahfiz di Johor itu, warden tersebut telah ditahan reman selama empat hari dan dia didapati memiliki rekod jenayah lampau.

BACA: Adik Thaqif Luah Perasaan Dalam Buku Latihan

Sumber dari themalaymailonline.com

“Suspek mempunyai rekod jenayah lampau bersabit Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dalam bangunan. Dia disabitkan atas kesalahan itu dan dipenjara 30 bulan,” jelas Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Komisioner Rahmat Othman.

Suspek yang masih belum berkahwin dan berumur 29 tahun itu ditahan di rumahnya, Felda Lok Heng Barat pada jam 4 petang bagi membantu siasatan. Manakala pihak polis turut mengambil keterangan dari pengetua, kakitangan sekolah dan rakan mangsa untuk tujuan siasatan.

Diharapkan pihak madrasah mengambil iktibar dari kejadian ini dan perlu lebih berhati-hati dalam memilih pekerja untuk madrasah tersebut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Di Penang, Kami Makan Rojak Sambil Tonggek!