Warna Kuning Telur Ayam Pengaruhi Kesihatan Anda?

0
477

Jika kita ke pasaraya, semestinya kita akan memilih telur yang mempunyai gred yang bagus untuk dimasak di rumah, bukan? Walau harganya agak mahal, namun kita yakin ia mempunyai vitamin dan protein yang baik untuk tubuh.

BACA: Jauhi 5 Jenis Makanan Ini Ketika Lapar

Namun tahukah anda, warna kuning telur juga memainkan peranan penting dalam menentukan tahap bagusnya sebiji telur itu?

Sumber dari Thinkstpckphoto

Para saintis sejak 100 tahun lalu telah mendapati bahawa warna kuning telur ditentukan oleh bilangan karotenoid yang terkandung di dalam telur tersebut.

Apa itu karotenoid? Ia merupakan antioksidan yang membantu dalam pembentukan vitamin A. Fungsinya ialah meningkatkan kekuatan tulang kita. Warna kuning telur bergantung pada cara pemakanan ayam tersebut.

Sumber dari mariafirdaus.com.my

Jika diet makanan ayam tersebut mengandungi jagung, tumbuhan, dan serangga, maka warna kuning telur akan menjadi jingga. Jika ayam tersebut diberi makan bijiran secara konsisten, maka kuning telur akan berwarna kuning cair.

Sesetengah penternak ladang ayam yang besar menggunakan skala khas dengan 15 warna kuning-jingga dalam menentukan kualiti produk telur mereka.

Sumber dari det6000.com

Mudah kata, lebih pekat warna kuning telur tersebut, lebih sihat nutrien yang terkandung di dalamnya untuk tubuh badan kita.

Jadi, pengambilan telur yang mengandungi kuning telur yang berwarna jingga terang adalah lebih bagus kerana ia mengandungi lebih banyak karotenoid yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Syahdu Betul Hirup Dubu Jjigae Dekat Sini