Tiada ibu di dunia ini sanggup melihat anak-anaknya susah walaupun dia terpaksa membanting tulang untuk mencari sesuap nasi.

Ini yang dilakukan oleh seorang wanita yang berniaga nasi lemak sambil membawa tiga orang anaknya di MRR2 Ampang.

BACA: 3 Perkara Menarik Tentang Nasi Lemak Hello Kitty

Seorang pengguna laman sosial Facebook, Lynn Ahmad memuat naik gambar yang menunjukkan seorang wanita berniaga nasi lemak di kawasan luar Tesco Ampang sambil ditemani oleh tiga orang anaknya yang masih kecil.

“Korang yang lalu Tesco Ampang kalau nampak akak ni beli la nasi lemak RM1 dia sedap sambil makan sambil membantu, sedih tengok kak ni dengan tiga orang anak dia datang niaga,” ujarnya sambil memuji keenakan nasi lemak yang dibelinya.

“Akak ni dengan niaga dengan nak kawal anak lagi. Demi sesuap nasi kan. Ermmm aku yang kawal dua orang anak bawak kedai pun letih,” tambahnya lagi.

Menurutnya, anak-anak wanita tersebut kelihatan patuh dengan ibunya dan hanya duduk di tepi sambil memandang ibunya yang sedang sibuk mencari rezeki untuk mereka anak-beranak. Malah, wanita itu turut menggendong anaknya yang masih kecil semasa sedang berniaga.

Selain itu, Lynn turut mengajak orang ramai untuk membeli nasi lemak berharga RM1 yang dijual oleh wanita ini agar sama-sama dapat membantunya menghabiskan jualan supaya dia dapat pulang ke rumah awal.

Semoga anak-anak wanita ini membesar menjadi anak yang berguna kepada ibu mereka kerana sungguh besar pengorbanan wanita itu untuk membesarkan mereka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

“Sambal Dia Ada Rasa Manis Bawang”