Pinggan Viral Masih Megganas, Orang Sanggup Beratur Walau Panas
Koleksi pinggan cantik dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Mereka sanggup berhimpit, beratur panjang, menahan lapar dan dahaga serta cuaca panas demi pinggan yang diidam-idamkan.
BACA: Rahsia Resit KFC Yang Sekarang Baru Orang Perasan
Kecoh seketika di laman sosial Facebook gara-gara ‘pinggan viral’ ini. Selepas ia menjadi tular di laman sosial, kedai ini diserbu oleh orang ramai hingga beratur panjang di luar kedai.
Kami difahamkan pemilik kedai ini bernama Andy berasal dari China. Kedai ini juga tidak menyediakan surat khabar serta kotak jadi siapa yang pergi harus membawa kotak atau beg plastik tahan lasak sendiri.
Terdapat pelbagai corak menarik yang boleh buat anda rambang mata jika tidak tahu mana satu hendak dipilih. Malah, pelbagai jenis pinggan mangkuk juga boleh didapati di sini seperti pinggan, piring, mangkuk, pinggan dessert, bekas nasi, bekas dengan penutup, pinggan panjang, cawan dan sebagainya.
Selain itu, harga murah juga turut memainkan peranan menjadikan pinggan-pinggan ini tular di media sosial. Bayangkan harga yang mereka jual hanyalah dari RM2 hingga RM20 setiap satu. Sangat murah!
Walau bagaimanapun, ibu bapa tidak digalakkan membawa anak-anak kerana dikhuatiri anak cepat rimas kerana bersesak dengan orang ramai serta pinggan mangkuk yang mudah pecah jika anak-anak berlari di sekitar kedai.
Kami dengar kedai ini hanya beroperasi selama enam minggu sahaja. Anda hanya ada masa lagi untuk serbu dan miliki ‘pinggan viral’ ini sementara stok masih ada.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Penangan Burger Nasi Lemak Di Singapore
- SUMBER
- MSTAR