Pulau Pinang Bazir Hampir 1 Tan Sisa Makan Sehari
Pulau Pinang dikenali sebagai ‘syurga’ makanan kerana negeri itu mempunyai banyak lokasi makanan menarik yang popular. Malah, ada kedai yang terpaksa beratur panjang demi untuk menjamu selera di sana.
BACA: Kang Gary Pekena Cendol Di Pulau Pinang
Walaupun ia sentiasa dikunjungi oleh pelancong tempatan mahupun pelancong luar negara, Pulau Pinang mencatatkan jumlah pembaziran makanan sebanyak 700,000 kilogram sehari, menurut laporan Kebajikan Negeri Pulau Pinang.
Jumlah makanan yang tidak habis setiap hari diibaratkan mampu memenuhi ruang empat Kapal terbang Boeing 747. Di samping itu, 40 peratus sampah di sana merupakan lebihan makanan dari kedai makan seluruh negeri itu.
Salah satu punca pembaziran makanan boleh berlaku ialah apabila restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan menjual makanan dalam kuantiti yang banyak.
Mereka terpaksa membuang lauk-pauk yang tidak habis pada hari yang sama kerana makanan tersebut tidak tahan lama dan mereka harus menjaga kualiti makanan.
Pemilik Restoran Nasi Kandar Clear, Shahubar Ali berkata, dia harus menyediakan lauk yang banyak bagi memenuhi selera para pelanggannya dalam perniagaan nasi kandar yang dijalankan olehnya.
Tambahnya lagi, pembaziran makanan memang tidak dapat dielakkan namun dia akan mengenakan caj tambahan kepada pelanggan yang mahukan tambah lauk.
Semoga pihak kerajaan boleh membuka satu tempat untuk orang ramai menderma lebihan makanan yang masih elok supaya pembaziran dapat dielakkan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
4 Nasi Kandar Di Pulau Pinang Yang Sempat Kami Terjah
- SUMBER
- COCONUTS KL