Rahsia Resit KFC Yang Sekarang Baru Orang Perasan
Kita sudah terbiasa membuang resit setelah selesai membuat bayaran terutama resit makanan. Kadang-kadang kita sendiri tidak membaca resit sebelum membuang kerana menganggap tiada apa yang menarik selain jumlah harga makanan yang dibeli.
BACA: Selain Ayam, KFC China Turut Jual Smartphone
Menurut seorang pengguna laman sosial Facebook, Ahmad Wazir Aiman berkongsi rahsia di sebalik resit sebuah restoran makanan segera yang popular iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC).
Dalam perkongsian statusnya di laman sosial tersebut, dia memberitahu bahawa dia sudah menyedari mengenai ‘rahsia’ yang tertulis di resit KFC tiap kali dia membeli makanan di restoran makanan segera itu.
Rahsia tersebut ialah diskaun yang diberikan kepada pelanggan KFC setelah mereka membeli makanan di situ. Malah, Ahmad Wazir turut menerangkan bagaimana untuk menebus diskaun tersebut di statusnya itu.
Tambahnya lagi, orang ramai hanya perlu melengkapkan maklumbalas di laman web KFC Malaysia kemudian mengisi kod validasi yang diperolehi di ruangan kosong di atas resit berkenaan.
Selepas itu, anda boleh menebus diskaun 10 peratus ke atas pembelian tiga ketul ayam A’la Carte dalam masa 30 hari dari tarikh resit tadi.
Bahkan, restoran makanan segera lain seperti Subway dan Pizza Hut turut membuat promosi sebegini di atas resit yang mereka keluarkan kepada pelanggan namun ramai yang tidak menyedarinya.
Rupanya ada kebaikannya kepada mereka yang suka menyimpan resit di dalam beg. Selepas ini anda harus lebih berhati-hati ketika membuang resit.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Menu Ringkas : Fillet Ayam Rangup
- SUMBER
- WORLD OF BUZZ