10 Pekerjaan Yang Buatkan Korang Jadi Gemuk!
Ramai yang ingat bila bekerja je boleh maintain berat badan. Kononnya bila bekerja banyak bergerak ke sana ke sini. Tapi anda perasan tak, kebanyakan yang kerja di pejabat semuanya ‘sihat-sihat’ belaka?
Business Insider telah menyenaraikan 10 pekerjaan yang mengalami tahap stres paling tinggi dan menjadi punca kenaikan berat badan.
1. Ejen pelancongan
Siapa yang tak nak bekerja sambil melancong kan? Tapi, pekerjaan ini juga boleh buat anda makan dengan banyak. Dah kena perkenalkan tempat makan best, mestilah kena cuba banyak tempat makan kan?
2. Peguam
Kerjaya sebagai peguam memang tidak akan lari daripada tekanan. Bila tertekan, buat apa lagi? Makan laaa. Lepas tu gaji peguam ni besar, mesti selalu pergi bercuti dan habiskan masa dengan makan.
3. Pekerja sosial
Pekerjaan ini banyak menghabiskan waktu di pejabat dan di depan komputer. Nak makan pun kena makan depan komputer. Kerjaya ini tidak memerlukan banyak pergerakan. Sebab itu badan cepat naik!
4. Guru
Tidak dinafikan bahawa kebanyakkan guru berbadan berisi kerana mereka banyak menghabiskan masa di meja selain mengajar di hadapan pelajar.
5. Pekerja seni, pereka & arkitek
Waktu makan pekerja bidang ini tidak teratur kerana waktu kerja mereka adalah fleksibel dan tiada waktu tetap. Banyak masa mereka di habiskan meja. Tak mustahil berat badan semakin naik.
6. Pembantu tadbir
Pekerjaan ini juga mempunyai waktu yang fleksibel dan banyak masa dihabiskan di meja sahaja. Kerjaya ini banyak di dominasi oleh golongan wanita. Bila jumpa geng, memang selalu pergi makan la.
7. Saintis
Pekerjaan professional seperti ini kadangkala membuatkan mereka lupa tentang tabiat pemakanan yang sihat. Disebabkan sibuk, mereka akan makan apa sahaja.
8. Pegawai polis
Pegawai polis berdepan dengan macam-macam masalah. Disebabkan itu, pekerjaan ini antara pekerjaan yang paling stres. Bagi melawan tekanan, mereka akan makan. Korang mesti selalu nampak pegawai polis berperut boroi kan?
9. Pegawai perhubungan awam & pemasaran
Pekerjaan ini dikatakan tidak terlalu banyak tekanan tetapi mereka perlu menghadiri pelbagai jenis majlis yang mempunyai ‘makan-makan’. Diberi makanan, takkan nak tolak pulak kan?
10. Pegawai teknologi maklumat
Pekerjaan ini banyak menghabiskan masa di depan komputer dan tidak lari dari tekanan. Mereka sering bekerja hingga lewat malam dan membuatkan mereka mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat.