Bukan senang untuk mengawal nafsu makan lebih-lebih lagi jika anda seorang pencinta makanan. Bagi anda yang ingin menurunkan atau mengawal berat badan, anda boleh ikuti tips hasil perkongsian Jazli Hassan di bawah ini mengenai cara untuk mengawal nafsu makan tanpa perlu mengikat perut walaupun makan seperti biasa setiap hari.

BACA: Turun 25Kg Dalam 4 Bulan, Gadis Manis Ini Kongsi Tips Kurus

1. Otak kunci segalanya

Sumber dari nationalgeographic.co.id

Jazli berjaya menurunkan berat badan daripada 183kg ke 78kg, saiz 6XL UK ke saiz M,saiz pingang 60 inci ke 34 inci memberitahu otak adalah kunci segalanya dan harus muhasabah diri sebelum makan contoh seperti kesedapan makanan depan mata anda lihat tak menjamin apa-apa pada anda kecuali kenyang.

2. Baca doa makan

Sumber dari nurlienda.wordpress.com

Tak semua orang baca doa makan dengan khusyuk dan selalunya mereka terus makan tanpa menghabiskan doa makan. Praktikkan baca doa makan dengan lebih penghayatan pasti ada perubahan dalam diri anda.

3. Makan buah dulu

Sumber dari kompas.com

Sebenarnya, lebih elok makan buah dulu kerana ia baik untuk sistem penghadaman anda dan dapat mengurangkan rasa lapar serta dapat mengawal nafsu makan anda.

4. Minum air

Sumber dari poltekkesbanten.ac.id

Seeloknya minum air sebelum makan atau selepas makan kerana makan sambil meminum air adalah tidak baik untuk kesihatan malah sistem penghadaman juga tak dapat melakukan proses penghadaman dengan sempurna kecuali jika anda tercekik.

5. Kunyah perlahan

Sumber dari themetrognome.in

Mengunyah makanan secara perlahan akan membuatkan anda berasa cepat kenyang di samping lebih menghayati makanan yang dimakan.

6. Makan banyak kali

Sumber dari freemalaysiatoday.com

Makan selalu dalam kuantiti yang terkawal dapat mengelakkan anda daripada kelaparan dan merangsang nafsu makan membuak-buak ketika lapar.

7. Jangan terpedaya iklan makanan

Sumber dari tv14.my

Jangan terpedaya dengan iklan makanan di media sosial kerana iklan tersebut akan meningkatkan nafsu makan anda. Mulakan disiplin diri anda untuk lawan nafsu makan.

8. Anggap pernah makan banyak kali

Sumber dari bertytilarso.com

Kalau nak dikira sudah berapa lama kita memberi peluang kepada diri untuk makan apa saja yang diingini. Anggap kita pernah makan pelbagai makanan banyak kali dahulu dan kini anda boleh mulakan diet.

9. Fokus semasa makan

Sumber dari juliajohari.com

Bermain telefon bimbit semasa makan akan membuatkan kita lagi lapar kerana tidak fokus makan dan rasa tak cukup sedangkan kita telah makan banyak.

10. Kurangkan stress

Sumber dari coretanjiwasrikandi.blogspot.my

Stress merupakan punca kita makan banyak kali dan setiap kali stress, ramai yang mencari makanan untuk menghilangkan stress. Umpama kita balas stress itu kepada makanan dan kemudiannya akan timbul rasa menyesal.

Cara untuk mengawal nafsu makan ini sebenarnya bergantung kepada diri sendiri. Anda harus disiplin, bersemangat dan sentiasa fikir positif barulah mudah untuk mengawal nafsu makan seterusnya dapat mencapai berat badan yang diingini.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kerana Teh Hijau, Turun 10KG Dalam Masa 2 Bulan
Turun 67Kg Tak Sampai Setahun, Wanita Ini Kongsikan Tips Berkesan Untuk Kurus

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bayar RM8.50, Boleh Makan Apa Saja?