18 Pelajar UPNM Diarah Bela Diri Kes Bunuh Zulfarhan
Pasti ramai masih ingat lagi dengan kes kematian Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain yang menggemparkan negara kita pada tahun 2017.
Selepas hampir dua tahun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintah 18 pelajar UPNM untuk membela diri atas pertuduhan membunuh dan bersubahat untuk membunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain.
BACA: Lelaki Tak Jadi Bunuh Diri Selepas Dipujuk Dengan Rokok
Keputusan dibuat oleh Hakim Azman Abdullah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir sesi pendakwaan.
Enam daripada tertuduh akan dibicarakan di bawah Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Baki 12 yang lain pula akan dibicarakan di bawah Seksyen 330 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan. Hakim menetapkan tarikh bicara bela diri akan bermula 2 Oktober ini.
Sujud syukur bapa Allahyarham Zulfarhan, Zulkarnain Idros. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan 18 daripada 19 tertuduh dalam kes kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain membela diri. Tarikh 2 Oktober mula perbicaraan. @501Awani pic.twitter.com/q3i2Gs3y1r
— Madiha (@madhiamadani) July 31, 2019
Mereka yang dituduh itu adalah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.
Dalam pada itu, seorang lagi pelajar UPNM, Muhammad Akmal Akif Alias, yang dituduh secara sukarela mencederakan mangsa, dibebaskan dari semua tuduhan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- MalaysiaKini