251 Pengantin Ditaja Saudagar Berlian
Tak semua orang mampu berkahwin kerana perlu menyimpan duit dalam jumlah yang banyak untuk menampung kos majlis perkahwinan yang agak mahal pada zaman sekarang.
Di India, seorang saudagar belian menaja seramai 251 pasangan pengantin kerana percaya perbuatannya itu diberkati Tuhan.
BACA: Wanita Ini Mahu Kahwin Dengan Lampu?
Mahesh Savani, menaja pengantin perempuan yang berasal dari Gujarat di mana kebanyakannya terdiri daripada anak yatim, positif HIV serta datang daripada pelbagai agama termasuk Islam dan Kristian.
Menurutnya, dia mula menganjurkan perkahwinan beramai-ramai itu sejak tahun 2008 selepas salah seorang pekerja wanitanya kematian bapa beberapa hari sebelum berkahwin.
Tambahnya, Mahesh akan melakukan sendiri upacara ‘Kanyadaan’ iaitu upacara untuk melepaskan anak perempuan berkahwin.
Terdahulu, dia memberi hadiah berbentuk barang kemas dan perabot rumah bernilai 500,000 rupees ($7,400) kepada mereka agar mudah untuk memulakan kehidupan selepas berkahwin.
“Saya mengambil alih tanggungjawab bapa mereka. Kali ini, pemaju hartanah Sanjay Movaliya turut membantu,” jelasnya kepada Indian Express.
Selain itu, majlis itu turut menyediakan makanan untuk ribuan ahli keluarga pengantin dan berlangsung selama beberapa hari.
Baiknya hati seorang saudagar kaya tetapi masih memikirkan orang susah di negara malah setiap tahun berjaya membantu mereka yang tak mampu untuk berkahwin.
ARTIKEL BERKAITAN:
Kena Saman Akibat Tak Datang Hari Perkahwinan
Jatuh Sakit Akibat Kahwin Dua
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Kasut Paling Mahal?
- SUMBER
- HARIAN METRO