3 Makanan Korea Anda Boleh Masak Sendiri
‘Demam’ Korea sudah lama melanda negara kita. Malah, restoran-restoran menghidangkan makanan korea semakin banyak dibuka.
Ini memberi peluang kepada mereka yang tidak berkesempatan ke negara Korea dapat merasai makanan ala Korea tanpa perlu ke luar negara.
BACA: Tak Sampai RM20 Dah Boleh Buat Ayam Goreng Cheese Ala Korea
Apa yang lebih menyeronokkan, kini anda juga boleh memasak makanan ala Korea sendiri di rumah. Kebanyakan pasaraya turut menjual bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak hidangan Korea. Selain itu, anda juga boleh menambah bahan lain mengikut selera anda.
1. Kimbap
Kimbap ialah sejenis makanan tidak ubah seperti sushi Jepun. Apa yang membezakannya ialah perapan nasi dan bahan yang digunakan sahaja. Cara pembuatannya lebih kurang sama.
Anda hanya perlu mencari set peralatan membuat sushi dan bahan-bahan untuk membuat kimbap seperti timun, telur, sosej ayam dan sebagainya mengikut citarasa anda.
2. Ramyeon
Ramyeon merupakan mee segera Korea yang paling digemari oleh rakyat Malaysia. Ia kerana orang ramai terpengaruh melihat orang Korea begitu berselera apabila memakannya seperti di dalam drama Korea.
Ramyeon mudah didapati di pasaraya besar seperti Giant dan sebagainya kerana mereka menjual pelbagai jenis Ramyeon di sana. Malah, Samyang turut menjadi kegilaan orang ramai yang sukakan makanan pedas.
3. Nasi goreng Kimchi
Kita seringkali tertanya-tanya apakah rasanya apabila Kimchi dijadikan bahan utama untuk membuat nasi goreng? Jawapannya ialah ia memang enak.
Kimchi yang diperap akan menjadi masam dan sedikit pedas akan membuatkan nasi goreng anda lebih berperisa tanpa menambah bahan-bahan lain.
Selain itu, anda boleh menambah telur goreng kerana ia bakal membuatkan anda lebih berselera makan nasi goreng Kimchi.
Jika anda seorang yang suka mencuba makanan baru, anda boleh mencuba ketiga-tiga hidangan ini kerana ia masih sesuai dengan tekak kita sebagai orang Asia.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Jjimdak, Bulgogi & Bibimbap HALAL Di Korea | Day 03
- SUMBER
- IDN TIMES