3 Sebab Peminat Makanan Timur Tengah Pilih Restoran Tarbush
Kita sebenarnya sangat beruntung tinggal di Malaysia sebab mudah sungguh nak cari tempat makan. Contohnya kalau teringin makanan dari Timur Tengah, memang banyak pilihan yang boleh cari di kawasan Lembah Klang.
Tapi ada satu restoran yang menghidangkan juadah dari Timur Tengah yang memang dah lama bertapak di Malaysia. Kalau Google saja nama restoran ini, memang rata-rata peminat makanan Arab akan tinggalkan komen positif selain memberi rating yang tinggi.
Restoran yang kami maksudkan tak lain tak bukan ialah Tarbush. Mula bertapak di Malaysia sejak tahunn 1998, jenama Tarbush memang dah cukup terkenal sehinggalah ke hari ini.
Baru-baru ini kami sempat mencuba beberapa hidangan daripada Tarbush di Sunway Pyramid. Memang puas hati dan kami senaraikan siap-siap 3 sebab kenapa ramai peminat makan dari Timur Tengah memilih Tarbush.
Saiz Hidangan
Saiz hidangan di sini memang sesuai untuk bawa keluarga atau kawan-kawan makan sekali. Order satu hidangan saja kadang-kadang boleh kongsi 2 orang dan paling penting, rasa tetap mantain sedap.
Kualiti Terjamin
Bukan mudah nak jaga kualiti makanan tapi bagi Tarbush, perkara tersebut sememangnya menjadi keutamaan mereka. Inilah punca utama ramai yang jatuh hati dengan Tarbush.
Kualiti makanan yang baik dan juga konsisten pastinya membuatkan ramai pelanggan mereka akan datang semula tapi bersama rakan-rakan yang lain pula. Malah boleh dikatakan bahawa Tarbush juga menjadi pilihan kebanyakan mer keluarga untuk menyambut sebarang majlis.
Pelbagai Pilihan Hidangan Menyelerakan
Siapa yang sebelum ini tak pernah lagi cuba makanan dari Timur Tengah, elok sangat jika mereka yang pertama kali nak cuba datang ke Tarbush. Nanti boleh minta pelayan mereka terangkan tentang menu yang mereka hidangkan.
Pelbagai pilihan hidangan yang menarik dan menyelerakan tersedia untuk korang cuba. Seringkas Shawarma pun, bila dah makan, memang puas hati.
Jadi apa tunggu lagi, bolehlah terjah cawangan Tarbush di Sunway Pyramid. Kami kongsikan alamat dan juga video pendek seperti di bawah.
Tarbush Sunway Pyramid
LG2.123, Sunway Pyramid, 46150 Petaling Jaya.
Hubungi (untuk tempahan): +603 5633 9222
Waktu Operasi: 11 Pagi hingga 12 Tengah Malam
(video here)