30 Gerai Masjid India Terbakar, Ramai Sedih Tak Dapat Shopping Raya
Hari ini kita dikejutkan dengan tragedi melibatkan 30 gerai di Bazar Melayu Masjid India, Kuala Lumpur yang musnah dalam kebakaran yang berlaki kira-kira 1.30 pagi tadi.
Difahamkan, 30 lot gerai di bazar berkenaan musnah 100 peratus dalam kebakaran itu. Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dan punca kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan.
BACA: Bazar Ramadhan Jalan TAR Akan Dipindahkan Ke Jalan Raja
Susulan tragedi tersebut, rata-rata warga kota turut terkesan dan bersedih dengan insiden tersebut. Kebakan itu bukan sahaja merugikan para peniaga malah buat mereka yang gemar ke kawasan berkenaan untuk menyiapkan kelengkapan raya.
Bermula tahun ini, bazar ikonik ibu kota di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dipindahkan ke Jalan Raja dan hanya tinggal bazar Jalan Masjid India yang menjadi nostalgia warga kota untuk membeli-belah.
Di laman Twitter, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan terkejut di atas insiden tersebut. Malah ada mengatakan hajat mereka tidak kesampaian untuk berkunjung ke bazar Masjid India hujung minggu ini.
Tidak kurang juga ramai yang bersimpati dengan nasib peniaga yang mengalami kerugian akibat tragedi itu lebih-lebih lagi tinggal dua minggu sahaja lagi menjelang Aidilfitri.
Baru last week cousin ajak mengimbau kenangan shopping Raya di sini. Segalanya berakhir. https://t.co/9EooBeLgTt
— Mandala Dari Sg.Ular (@BurgundyBrogues) May 20, 2019
Harini turun kl niat nak jalan sini. Tapi tadi lah lalu, em takpelah takda rezeki https://t.co/PLEJLXMU8d
— trisya (@nratrsya) May 21, 2019
Kesiannya the trader dekat situ 😠https://t.co/XUL9eiPqsm
— Hariz J (@harizJamal) May 20, 2019
Laa Haulawala Quwwata Illah Billah.
Moga digantikan dgn rezeki lbih baik. https://t.co/Rmta9oLTrw— Ariff Fahmie AF (@ariff_fahmie) May 20, 2019
Hope there were no lives lost. Feel so sorry for those who lost their livelihoods in this fire 😢 https://t.co/MBiBrJESyV
— Mohan Louis (@mohan_louis) May 20, 2019
Gerai-gerai di hadapan Wisma Yakin itu adalah antara yang menjadi tumpuan pengunjung menjelang Aidilfitri bagi membeli barang keperluan untuk sambutan Hari Raya. Untuk pengetahuan anda, bazar Masjid India itu mula dibuka sekitar tahun 2003.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pak Sheikh Pun Cari Nasi Arab Di Restoran Ini?
- SUMBER
- Astro Awani