33 Klinik 1Malaysia Akan Ditutup Secara Berperingkat
Sebanyak 33 Klinik 1Malaysia di seluruh negara akan ditutup secara berperingkat, manakala 313 lagi akan dijenamakan semula sebagai Klinik Komuniti. Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.
“Penutupan 33 klinik ini akandilakukan secara berperingkat dan tidak akan menjejaskan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di sekitarnya, kerana ada fasiliti kesihatan berdekatan (hospital dan klinik kesihatan),” katanya kepada MalaysiaKini.
BACA: Caj Klinik Swasta Naik 3 Kali Ganda Tahun Hadapan
Menurut Dr Dzulkefly, setiap Klinik Komuniti itu nanti akan dijaga seorang pegawai kesihatan, ahli farmasi dan beberapa jururawat.
Berhubung cadangan kenaikan bayaran konsultasi di hospital dan klinik swasta, Dr Zulkefly berkata semakan semula akan dibentangkan di mesyuarat Kabinet sebelum keputusan dibuat.
Di samping itu, beliau sedang menunggu laporan lengkap daripada Badan Penyiasatan Bebas yang menyiasat kes gangguan seksual pegawai perubatan siswazah oleh seorang ketua jabatan di sebuah hospital.
Pada masa ini, terdapat 346 klinik 1Malaysia di seluruh negara. Ia diperkenalkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2010.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Makan Beriyani Kambing Kat Sini Sampai Jilat Jari!
- SUMBER
- MalaysiaKini