Boleh dikatakan minuman bubble tea kini menjadi kegilaan ramai. Lebih mengejutkan ianya mencetuskan fenomena di Malaysia sehingga ramai yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan minuman tersebut.

Tambahan pula, semakin banyak kedai minuman bubble tea dibuka seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi pernah tak anda terfikir dalam sebulan berapa banyak wang dihabiskan semata-mata untuk membeli minuman bubble tea?

BACA: Netizen Teruja Bubble Tea Popular Thailand Kini Dibuka Di Malaysia

Baru-baru ini tular mengenai perkongsian seorang gadis dikenali sebagai Wewwy Lim mengenai jumlah wang yang dihabiskan utnuk membeli minuman bubble tea kegemarannya.

Katanya, berdasarkan pembelian dari Januari hingga April tahun ini sahaja jumlah yang telah dia habiskan dikatakan mampu untuk membeli tiket penerbangan pergi balik ke Thailand.

Perkiraan secara kasar, dalam tempoh empat bulan sahaja Wewwy telah menghabiskan sebanyak RM500 hanya untuk membeli bubble tea. Dalam seminggu Wewwy memberitahu dia membeli dua cawan bubble tea dan bermakna dalam sebulan dia membeli lapan cawan bubble tea.

Januari hingga April = 4 bulan

1 minggu x 2 cawan = 8 cawan dalam sebulan

4 bulan x 8 cawan = 32 cawan

32 cawan x RM12-RM15 =RM384 – RM480

Menyimpan impian untuk melancong ke Taiwan, Wewwy membuat keputusan untuk berhenti membeli minuman bubble tea sejak Jun lalu.

Akhirnya, Wewwy berjaya mengumpul sejumlah wang sekali gus membolehkannya menempah tiket penerbangan ke Taiwan.

Siapa yang memasang impian bercuti ke luar negara tu boleh dah berhenti beli bubble tea dari sekarang.https://youtu.be/Rvmz7Z-icJs

ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kebab Gemok Tak Habis Makan Sorang