4G Maxis Terpantas Di Malaysia, Unifi Paling Lembab
Tahun ini sudah memasuki 5 tahun rangkaian 4G bertapak di Malaysia sejak ianya dilancarkan pada tahun 2013. Sehingga kini, terdapat 6 buah syarikat yang mengendalikan 4G LTE dan harga yang ditawarkan juga lebih berpatutan berbanding sebelum ini.
Berdasarkan sebuah kajian yang dijalankan oleh sebuah syarikat yang berpengkalan di United Kingdom, OpenSignal, keputusannya ternyata sangat mengejutkan. Maxis antara yang mencatatkan kelajuan internet terpantas di Malaysia, manakala Unifi menduduki tangga paling bawah.
BACA: 4G Malaysia Paling Lembab, Singapura Terlaju Dunia
Maxis mencatatkan prestasi tertinggi untuk kelajuan internet 4G dan merupakan satu-satunya telco yang berjaya melebihi 20Mbps dalam ujian muat turun 4G mereka atau 16.96 Mbps dalam ujian kelajuan untuk rangkaian 4G dan 3G.
Yes menduduki tempat kedua diikuti oleh Celcom, DiGi, U Mobile dan tempat terakhir sekali, Unifi.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Uncle Tetsu Coconut Pandan? 😱
- SUMBER
- ohmymedia