Baru-baru ini, ramai yang terngaga apabila mendengar nama Bijan disebut sebagai salah satu jenama beg yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Rata-rata pihak media yang berada dalam sidang media tersebut meminta Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengeja perkataan Bijan bagi mendapatkan kepastian mengenai jenama berkenaan.

BACA: 5 Fakta Tentang Rampasan Di Rumah Bekas PM kita

Jenama tersebut merupakan milik Bijan Pakzad yang lebih dikenali sebagai Bijan. Beliau merupakan perunding imej kepada lima Presiden Amerika Syarikat lebih 40 tahun bermula era Ronald Reagan, George Bush, George W Bush, Bill Clinton dan Barack Obama.

Selain itu, ini antara 5 fakta tentang jenama Bijan yang anda perlu tahu.

1. Antara butik termahal di dunia

Bijan yang disebut sebagai ‘Bizaen’ (perkataan dalam bahasa ) adalah antara jenama yang paling eksklusif dan antara termahal di dunia yang dikategorikan sebagai barang rekaan khas dan jenama ikonik.

The Huffington Post menamakan butik House of Bijan sebagai kedai ikonik yang paling mahal yang mana Bijan memaparkan kemewahannya menerusi rekaan dalaman dihiasi lampu hiasan kristal, perabot mewah dan lantai marmar.

2. Menjadi pilihan ahli politik 

Jenama Bijan turut menjadi pilihan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair and Presiden Russia, Vladmir Putin selain menjadi pereka pilihan selebriti serta tokoh terkemuka dunia seperti Malcolm Forbes, Roger Moore, Pierre Trudeau, Raja Juan Carlos, Barry Manilow, Raja Hussein (Jordan) dan pemain gitar, George Benson dan pemain bola keranjang Micheal Jordan.

3. Harga sepasang stokin mencecah RM400

Bijan antara jenama fesyen yang menjual kelengkapan lelaki dan wanita termahal di dunia dengan harga stokin sahaja mencecah RM403 sepasang, manakala harga bagi tali leher bermula pada harga RM4,031 setiap satu dan satu persalinan sut bermula pada harga RM100,000.

4. Hanya boleh ditempah khas melalui temujanji khas

 

Pada mulanya, jenama Bijan ini hanya boleh ditempah khas daripada pereka fesyen terkemuka, Bijan Pakzad yang meninggal dunia pada tahun 2011, juga pengasas jenama ini melalui temujanji khas.

Sebelum kematiannya, Bijan yang dikenali sebagai pereka fesyen eksklusif hanya menerima tempahan melalui temujanji khas dengan di butiknya di Rodeo Drive Beverley Hill di Los Angeles. Bijan hanya menerima lima hingga enam pelanggan dalam satu hari.

5. Pernah bekerjasama dengan Bugatti 

Bijan juga pernah bekerjasama dengan Bugatti menghasilkan rekaan khas untuk jenama kereta berkenaan yang diberi nama Bijan Bugatti Veyron.

Artikal Berkaitan:

“Nilai Rampasan Di Rumah Bekas PM RM1.1 Bilion”

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Tak Payah Beratur Pun Beli Kuih Keria Kat Melaka