5 Makanan Diet Boleh Buat Anda Gemuk
Kini ramai yang mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga pengambilan makanan dan bersenam. Tapi, anda harus berhati-hati kerana lima jenis makanan diet ini sebenarnya boleh buat gemuk tanpa anda sedari.
Jangan pandang ringan mengenai lima jenis makanan dan minuman ini jika anda tak mahu menyesal di kemudian hari.
BACA: Ini Cara Masak Nasi Tak Buat Anda Gemuk?
1. Yogurt
Yogurt merupakan makanan pilihan ramai jika mereka sedang berdiet. Namun, anda digalakkan untuk tidak makan yogurt jenis rendah lemak kerana ia sebenarnya mengandungi lebih banyak kandungan gula untuk mengatasi rasanya yang hambar.
2. Dressing salad
Makan salad memang menyihatkan tetapi jika anda salah pilih dressing salad, mungkin kandungan kalori akan menjadi lebih tinggi. Seeloknya anda membuat dressing salad sendiri yang rendah kalori.
3. Diet soda
Ramai yang teringin untuk minum minuman berkarbonat ketika mengamalkan diet. Anda perlu berhati-hati kerana kandungan gula dalam minuman diet soda akan membuatkan anda teringin untuk makan atau minum minuman manis yang lain.
4. Granola
Walaupun granola merupakan bijirin sihat dan selalu dijadikan snek sihat, ia juga mengandungi kalori yang tinggi disebabkan penggunaan minyak untuk menghasilkan granola.
5. Jus dalam kotak
Jus dalam kotak tak sama dengan jus segar sebenar yang anda buat sendiri. Ia diproses dan mengandungi gula tambahan.
ARTIKEL BERKAITAN:
Jom Buat Ayam Tandoori Kepada Yang Sedang Berdiet
Universiti Sedia Kursus Turun Berat Badan
Lelaki Dedah Rahsia Turun Berat 50Kg Setahun
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Terjah FoodTruck: Mee Bandung Ni Legend Tak?
- SUMBER
- IDN TIMES