5 Negara Asia Masih Makan Anjing & Kucing
Tiada lagi ‘Gaegogi’ atau ‘hidangan anjing’ di Korea Selatan selepas mahkamah negara itu memutuskan membunuh anjing untuk dimakan adalah haram.
Dalam laporan portal berita Daily Mail semalam, Mahkamah Korea Selatan telah memutuskan pembunuhan anjing untuk daging adalah haram, dalam keputusan penting yang dikatakan para aktivis hak asasi manusia dapat memberi harapan supaya tradisi memakan haiwan domestik ini dihapuskan.
Di Korea Selatan tabiat memakan anjing telah lama menjadi sebahagian daripada masakan Korea Selatan, dengan kira-kira satu juta anjing dimakan setiap tahun.
Namun masih ada lagi beberapa negara Asia yang masih gemar makan haiwan domestik termasuk kucing. Kami senaraikan 5 negara Asia yang masih gemar makan anjing dan kucing.
1. China
China adalah negara majoriti kes sembelih kucing dan anjing. Walaupun angka yang tepat sukar diperolehi, China dipercayai bertanggungjawab bagi majoriti kes penyembelihan kucing dan anjing.
Setiap tahun, kira-kira empat juta kucing dan 10 juta anjing dipercayai disembelih di negara itu, The Human Society berkata, majoriti adalah haiwan peliharaan yang dicuri, haiwan terbiar yang ditangkap dan dikurung di dalam sangkar.
Tradisi makan anjing menjadi amalam sejak beribu ribu tahun lalu walaupun mereka sering memeliharanya sebagai haiwan kesayangan.
Setiap tahun pada bulan Jun, bandar Yulin di selatan China menjadi tuan rumah festival daging anjing dimana anjing dan kucing dijual khusus untuk makan dan dianggarkan 10,000 ekor disembelih untuk mendapatkan daging haiwan itu.
Namun tahun lalu, turut menyaksikan bantahan besar-besaran terhadap perayaan tersebut dari dalam China mahupun di Barat.
2. Korea Selatan
Korea Selatan, hidangan daging anjing adalah begitu umum dan mereka mengelarkannya sebagai ‘Gaegogi’. Negara itu mempunyai kira-kira 17,000 ladang anjing, menurut Humane Society, dimana haiwan disediakan untuk kegunaan manusia.
Walaubagaimanapun, sama seperti negara lain, tekanan dari kumpulan kebajikan turut memberi kesan kepada amalam ini.
Pada bulan Februari, pasaran daging anjing terbesar di Seongnam telah ditutup sebagai sebahagian daripada tindakan keras di negara ketika menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk yang lalu .
Namun selepas keputusan mahkamah Korea mengharamkan aktiviti ini diharap mendapat tindakan sewajarnya dari kerajaan Korea supaya aktiviti ini dapat dihentikan.
3. Vietnam
Kira-kira lima juta anjing dipercayai disembelih untuk hidangan di Vietnam setiap tahun dan permintaan telah membawa kepada perdagangan haram di negara-negara jiran termasuk Thailand, Kemboja dan Laos.
Asia Canine Protection Alliance (ACPA) yang menggesa kerajaan untuk cuba menamatkan perdangangan daging anjing berkata, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan perdagangan daging anjing berbahaya kepada manusa dan membawa kepada peningkatan penyakit seperti penyakit anjing gila.
Vietnam juga menjadi salah satu negara yang penduduknya gemar menjadikan daging kucing sebagai hidangan.
Setiap tahun, ribuan kucing, dan juga anjing, ditangkap di jalanan-jalanan kota Hanoi maupun Ho Chi Minh City hanya untuk dijadikan hidangan harian.
4. Thailand
Daging tersebut menjadi pilihan ketika musim sejuk dari November hingga Febuari karana ada yang beranggapan daging anjing dapat menghangatkan tubuh.
Daging anjing hitam adalah daging yang paling popular dan ia terjual sehingga 10 kilogram setiap hari.
Walaupun penjualan daging anjing dibenarkan, namun gerai-gerai yang menjual daging anjing akan mempamirkan pasu tembikar berwarna hitam di depan kedai sebagai tanda bagi para penggemar daging anjing.
Daging anjing juga mendapat permintaan tinggi di sebelah timur laut Thailand dan Vietnam utara.
5. Indonesia
Indonesia kembali mendapat perhatian secara negatif oleh masyarakat dunia dan media-media antarabangsa, kerana dinilai masih belum menghargai hak-hak asasi haiwan.
Akhbar New York Times bertarikh 26 Mac 2017, telah memuat satu rencana hasil soal-selidik dan siasatan mereka berkenaan penjualan daging anjing untuk hidangan yang semakin popular di beberapa daerah di Indonesia.
Di beberapa daerah di Indonesia, bukan perkara pelik jika terdapat daging kucing atau anjing dijual di pasar, seperti di Pasar Tomohon, Sulawesi Utara pasar ini sudah terkenal di seluruh Indonesia kerana menjual pelbagai haiwan eksotik, termasuk daging anjing dan kucing.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Kepak Ayam Pedas Berapi
Sumber: Daily Mail, YouTube