5 Negara Paling Banyak Sampah Di Dunia
Tahun ini, dunia melihat pencemaran plastik di lautan sebagai suatu isu besar yang membahayakan hidupan laut serta kesannya kepada kesihatan manusia.
Pencemaran plastik memang sudah menjadi seperti wabak yang berbahaya kepada hidupan laut dan manusia. Amat sukar untuk melawan pencemaran plastik kerana ia digunakan dalam semua kegunaan harian sebagai perabot, kenderaan dan yang paling aktif penggunaannya berkaitan pembungkusan makanan.
Setiap hari, berjuta-juta plastik digunakan manusia dan akhirnya akan dibuang ke tapak pelupusan sampah atau hanyut ke laut.
Mengikut UNEP, 50 peratus plastik digunakan hanya sekali sahaja dan plastik ialah 10 peratus daripada sisa yang dihasilkan. Pada 2016, 480 bilion botol minuman dijual seluruh dunia dan 17 juta tong minyak digunakan untuk menghasilkan botol plastik setahun.
Akibat kerakusan manusia, lima negara ini tersenarai sebagai negara paling banyak membuang sampah di laut hingga berlaku pencemaran.
BACA: Nak Melancong? Ini Senarai 4 Bandar Terkotor Di Dunia
1. China – 8.8 juta tan metrik
China terkenal dengan industri maju dan populasi rakyat paling ramai namun sejak beberapa tahun ini, negara itu terkenal sebagai negara yang memiliki udara dan air paling tercemar.
Hingga dinilai, manusia tidak layak menghirup udara dan air kerana begitu tercemar. Maka tidak hairanlah, negara itu penyumbang sampah plastik terbesar di lautan dengan jumlah 8.8 juta tan metrik.
2. Indonesia – 3.2 juta tan metrik
Indonesia penyumbang 3.2 juta tan metrik sampah plastik dan meraih tempat kedua dalam dunia. Kurang kesedaran dan tabiat membuang sampah di dalam sungai, laut antara faktor negara itu menjadi negara terkotor.
3. Filipina – 1.9 juta tan metrik
Filipina pernah menjadi negara paling maju di Asia Tenggara selepas perang dunia II namun kini status itu bertukar kepada negara paling tertinggal dalam Asia Tenggara.
Masyarakatnya kebanyakan adalah nelayan dan ia antara faktor negara itu meraih tempat ketiga dalam pembuangan sampah di lautan dan jumlah sampah 1.9 juta tan metrik direkodkan.
4. Vietnam – 1.8 juta tan metrik
Ditangga keempat, negara Vietnam antara penyumbang sampah plastik terbanyak di lautan hingga 1.8 juta tan metrik. Memiliki seramai 84 juta penduduk mendorong kepada berlakunya pencemaran air.
5. Sri Lanka – 1.6 juta tan metrik
Sri Lanka terkenal dengan keindahan alam semulajadi yang indah dan mempunyai tujuh Warisan Budaya Unesco. Namun keindahan itu dicemari dengan antara negara penyumbang populasi sampah di lautan sebanyak 1.6 juta tan metrik.
Bagaimana pula di Malaysia?
Di Malaysia, kira-kira 10 tahun dulu Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menganggar jumlah sisa pepejal meningkat kepada 30,000 tan sehari menjelang 2020. Sekarang sudah pun melebihi jangkaan 2020.
Dengan kos pengurusan bagi 11 juta tan sisa pepejal melebihi RM2 bilion setahun, amatlah merugikan rakyat kerana peruntukan itu dapat digunakan untuk faedah lain sekiranya pengurusan sisa pepejal dapat diuruskan dengan baik.
Bagi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kos mengurus saja membabitkan RM40 juta setahun untuk pembuangan sisa pepejal. Kebanyakan sisa ini pula terdiri daripada plastik yang tidak mudah diurai.
Plastik pertama kali diperkenalkan dalam 1950-an sebagai polistirena yang digunakan sebagai bekas berspan dan ‘polypropylene’ untuk penutup botol, antara jenis plastik digunakan seluruh dunia sekarang dan lazimnya dijumpai di lautan.
Malaysia yang berada di tempat kelapan pencemaran plastik di lautan, mestilah bersungguh-sungguh mendidik masyarakat tentang pencemaran plastik, termasuk isu berkaitan alam sekitar lain seperti perubahan cuaca, ancaman kepelbagaian biologi dan pencemaran bahan kimia.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
Sumber: SinarHarian