5 Perkara Anda Perlu Tahu Pasal Lemang Sushi
Apabila tibanya Aidilfitri pasti tidak lengkap tanpa adanya sajian tradisional seperti lemang, ketupat, rendang mahupun serunding kerana ia merupakan kegemaran ramai orang sejak dari dahulu lagi.
BACA: Pencipta Piza Hawaiian Meninggal Dunia
Setiap tahun juga akan ada perubahan dan inovasi yang diberikan kepada menu tradisional ini supaya dapat menarik minat golongan muda.
Terbaru ini Mstar melaporkan terdapat satu inovasi terbaru oleh pengusaha makanan tradisional dari Kuala Pilah yang memperkenalkan lemang sushi.
Oleh itu kami kongsikan beberapa perkara menarik mengenai lemang sushi yang diperkenalkan oleh Zuriati Sulaiman ini.
1. Masih mengekalkan cara pembuatan seperti lemang tradisional iaitu masih dibalut dengan daun pisang, santan dan beras pulut biasa.
2. Telah mendapat pengiktirafan daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Malaysia (MARDI).
3. Rupa yang sama seperti lemang biasa tetapi ditengah-tengahnya diletakkan inti serunding ketika membakar.
4. Lemang sushi ini turut dijadikan produk sejuk beku dan pelanggan hanya perlu memanaskannya semula di dalam pengukus atau microwave.
5. Inti serunding diletakkan dengan teknik khas supaya tidak bercampur dengan pulut ketika memasak.
VIDEO: Benda APA Boleh Dapat Dengan Singgit Kat Bazar Ramadan? ? ? ?
- SUMBER
- MSTAR