5 Perkara Menarik Tentang Ais Tingkap

Ingatkan ais tingkap ini apa tapi rupa-rupanya minuman ais parut campuran istimewa yang hanya boleh didapati di Pulau Pinang sahaja. Dari luaran nampak seperti air sirap selasih biasa yang ditambah dengan isi kelapa, tetapi kami difahamkan rasanya sungguh istimewa dengan campuran bahan-bahan lain.
BACA: Teh Ais Bangla Laris, Orang Beratur Panjang?

Sumber dari foongpc.com
Jika ini kali pertama anda mengetahui atau mendengar mengenai minuman Ais Tingkap, berikut merupakan lima perkara menarik mengenai minuman istimewa ini yang anda harus tahu:
1. Asal usul nama

Sumber dari foongpc.com
Nama Ais Tingkap tercipta kerana dahulu pemilik kedai ini menjual minuman air campuran istimewa dari tingkap kedainya.
Kini, pemilik perniagaan ini diwarisi oleh generasi ketiga keluarga mereka iaitu Mohamed Asri dan Mohamed Taufique Seeni Mohamed.
2. Harga

Sumber dari everydayfoodilove.co
Harga segelas Ais Tingkap ialah RM2 sahaja. Dah la menyegarkan, banyak pula isi kelapa yang diletakkan dalam setiap gelas.
3. Bahan dalam minuman

Sumber dari everydayfoodilove.co
Selain kelapa dan biji selasih, herba lain seperti kembang semangkuk, biji basil dan getah anggur ditambah bagi memberi rasa sejuk apabila anda minum.
4. Jenis rempah ratus digunakan

Sumber dari foongpc.com
Malah, rempah ratus turut dicampur untuk memberi rasa yang unik dan segar seperti serai, rempah kayu manis dan aroma bunga. Memang segar betul bila dapat minuman campuran sebegini.
5. Lokasi

Sumber dari foongpc.com
Kepada anda yang berada di Pulau Pinang atau bakal berkunjung ke sana, jangan lepaskan peluang untuk ke gerai Ais Tingkap yang berada di Jalan Tamil, bersebelahan Pasar Chowrasta. Ia dibuka setiap hari bermula pukul 11 pagi hingga 7 malam.
ARTIKEL BERKAITAN:
Cara Mudah Buat Green Tea Ala Starbucks
McD Belanja Milo Ais Esok Pagi
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ini Lokasi Makan Tengahari RM3 Di Bangsar
- SUMBER
- MSTAR