Makin hari semakin rancak Putrajaya menjadi tumpuan pelbagai acara menarik. Kalau anda nak tahu, bermula 28 sehingga 29 Disember ini, LIFT akan menggegarkan Precint 2 dengan acara-acara yang pastinya membuatkan kawasan ini akan menjadi tumpuan orang ramai.

LIFT (Living In Future Times) ini merupakan sebuah festival Fintech bertemakan kewangan (finance) dan juga teknologi. Festival kolaborasi antara Kementerian Kewangan dan juga Bank Negara Malaysia ini bukan biasa-biasa tau.

Kami kongsikan dengan anda 5 perkara yang akan membuatkan festival ini menjadi perhatian orang ramai.

1. Gambaran Masa Depan

Pernahkah kita terbayang tentang bagaimana kemudahan dan juga pelbagai lagi perubahan dalam bidang kewangan dan juga teknologi.

Sejajar dengan perkara tersebut, festival LIFT menyediakan Fintech-Digital Pavilion yang merangkumi pelbagai pameran, seminar, program bual bicara dan juga pertunjukkan mengenai dunia digital dan teknologi yang akan muncul di masa hadapan.

Ia akan diadakan di Menara Perkeso @ Putrajaya di Ground, Level 1 dan juga 7. Sementara majlis penutupan pula akan diadakan di Kompleks Kementerian Kewangan.

2. Persembahan Seni Jalanan Antarabangsa

Selain memberikan pengalaman dan gambaran mengenai industri Fintech pada masa depan, LIFT turut menerapkan elemen seni di dalam festival tersebut.

The Fringe bakal membawa anda untuk merasai sendiri persembahan seni jalanan di peringkat antarabangsa selain pelbagai lagi persembahan yang menggabungkan seni (art) dan juga teknologi.

3. Pelbagai Pasar Pilihan

Ini merupakan daya penarik buat anda yang memang suka shopping. Ada 5 pasar yang berbeza iaitu Pasar Glam, Pasar Seni, Pasar Tradisi, Pasar Botani dan juga Medan Makan.

The Market ini sememangnya memberi penekanan terhadap produk tempatan malah selebriti tanah air juga turut memeriahkan lagi acara ini yang bertempat di Suasana PJH.

4. Tak Perlu Wang Tunai

Sebelum datang sini, top-up dulu e-wallet anda sebab pembayaran secara cashless sangatlah dialu-alukan di sini. Selamat pun selamat, sebab tak perlu bawak duit berkepuk-kepuk. Tapi jaga-jaga ya berbelanja kalau dah top-up tu, laju saja nanti kita nak tap untuk buat pembayaran.

5. Belajar Perkara Baru

Apa yang pasti, kehadiran festival seperti LIFT ini sebenarnya banyak memberikan pengetahuan yang mungkin tidak ramai lagi yang tahu mengenai perkara sebegini. Kepesatan teknologi bukan saja melibatkan kereta terbang namun turut merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan seharian.

Jadi jangan lupa buat reminder siap-siap dalam kalendar smartphone anda untuk datang ke Precint 2 Putrajaya pada 28 dan 29 Disember, bermula 10 pagi sehingga 10 malam dan rasai sendiri sedikit sebanyak apa yang anda akan alami pada masa hadapan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai festival ini, boleh terus ke laman web mereka – www.putrajayalift.com