5 Punca Badan Makin Gemuk Ketika Bulan Ramadan
Ramai yang tidak sedar berat badan boleh meningkat secara mendadak jika tidak mengawal pemakanan sepanjang bulan Ramadan ini.
Godaan berlaku apabila anda pergi ke bazar dengan perut kosong dan beli makanan lebih dari apa yang anda makan pada hari biasa sebelum berpuasa.
1. Kurang bersenam
Walaupun berpuasa di siang hari, jangan jadikan ia alasan untuk tidak bersenam. Anda boleh bersenam pada waktu malam atau banyakkan berjalan kaki ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
2. Banyak makan makanan berminyak
Makanan berminyak adalah salah satu makanan yang banyak dihidangkan semasa berbuka. Selain berminyak, ia juga mengandungi lemak yang membuatkan anda menjadi semakin berisi. Seimbangkan pengambilan makanan sebegini dengan makanan berserat tinggi.
3. Budaya balas dendam ketika berbuka
Selepas penat seharian menahan lapar dan dahaga, anda pasti sudah terbayang makanan dan minuman apa yang diinginkan. Maka, anda akan membeli semua makanan yang terbayang-bayang di minda hingga akhirnya tersandar kekenyangan.
4. Terlalu banyak makanan manis dan minuman manis ketika berbuka
Kebanyakan kuih muih tradisional adalah manis dan menggunakan santan. Biasanya jika berbuka dengan sesuatu yang manis seperti kuih atau minuman manis, anda pasti sukar untuk berhenti makan atau minum kerana rasanya yang enak dan melegakan tekak.
5. Banyak tidur
Tidur sepanjang hari adalah makruh. Sebab itu anda digalakkan untuk tidur secara berlebihan ketika bulan puasa. Banyak keburukan yang anda perolehi jika tidur berlebihan seperti badan cepat gemuk.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Jangan Tengok Video Gomo Sup Air Asam Masa Lapar!
- SUMBER
- IDN TIMES