5 Sebab Budu Jadi Kebanggaan Orang Pantai Timur
Budu sangat terkenal sebagai bahan penambah selera ketika makan. Pes ikan bilis yang masam ditambah dengan cili bersama perahan limau sangat didambakan para penggemarnya terutama masyarakat Pantai Tmur.
Walaupun budu mempunyai bau yang kurang menyenangkan tapi tetap dirindui oleh penggemarnya. Budu adalah sejenis sos yang tua dan seusia dengan sejarah negeri Kelantan kerana ianya telah dinikmati oleh orang Kelantan semenjak ratusan tahun dahulu.
Budu Telah Diiktiraf Sebagai Harta Intelek
Budu sebenarnya adalah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional Kelantan dan telah diangkat sebagai satu makanan tradisional Malaysia. Hidangannya amat mudah dan ringkas dicampurkan dengan bahan makanan lain sepeti cili, mempelam, air perahan limu nipis dan juga tempoyak.
Antara budu yang terkenal ialah Budu Cap Ketereh yang telah diusahakan oleh seorang usahawan, Mat Ismail. Beliau pada mulanya mengusahakan budu secara kecil-kecilan di belakang rumahnya di Geting, Tumpat sejak tahun 1984 lagi.
Baca: Pertama Kali Datang Kelantan? Terjah 5 Tempat Ini
Budu Cap Ketereh menjadi budu pertama negara ini yang diiktiraf sebagai harta intelek pada tahun 2007. Berikutan pengiktirafan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM) itu, Budu Ketereh kini dilindungi mengikut Akta Perlabelan. Budu Ketereh juga digunakan oleh Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) untuk menghasilkan produk kosmetik.
Ternyata budu Cap Ketereh telah memberi banyak kebanggaan kepada pengusahanya. Kini Mat mempunyai sebuah kilang budu di Kampung Ketil dengan 80 orang pekerja dan dapat menghasilkan 4000 botol sehari dengan nilai jualan sebanyak Rm10 juta setahun.
Ramai Penyelidik asing buat kajian khasiat budu
Budu telah mendapat perhatian penyelidik pemakanan dari Jepun, Amerika Syarikat, New Zeland dan Jerman. Hasil penyelidikan mereka telah membuktikan budu mempunyai kandungan glutathione sebagai bahan antioksidan, dan mampu mengeluarkan sisa toksik serta meningkatkan daya immune tubuh bagi memerangi pelbagai penyakit berbahaya serta boleh menghalang kanser.
Jadi mengapa masih takut nak makan budu? Adakah sebab baunya kurang digemari sesetengah orang. Anda mesti berubah fikiran kalau lihat khasiat yang terdapat pada budu.
5 Khasiat Budu Yang Perlu Anda Tahu
- Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh dengan menggalakkan pertumbuhan berat badan
- Budu juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.
- Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).
- Budu juga didapati berpotensi untuk melawan radikal beban dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan menambah kolegen.
- Budu juga mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi antibakteria penyebab cirit (diarrhea), penurunan kolesterol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
Jadi jangan takut makan budu kerana banyak khasiat yang terdapat pada budu dan mampu merawat banyak jenis penyakit. Walaupun berbau tapi martabat budu ini tinggi.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ikan Keli Besar Lengan Di Nasi Ulam Cikgu!!!
Sumber: Wikipedia, Kosmo, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan