Setiap kali Syawal memang tak lengkap rasanya kalau tiada juadah lemang. Musim Raya ini memang banyak deretan gerai menjual lemang di sepanjang jalan.

Tapi kita memang tidak tahu gerai mana yang menyediakan lemang yang sedap. Lebih mengecewakan, ada lemang yang dibeli telah basi dan tidak boleh dimakan.

BACA: Buat Sendiri Lemang Tanpa Buluh, Rasa Sebiji Macam Yang Ori!

Jadi sebelum anda ingin membeli lemang, perhatikan 5 perkara ini untuk elakkan dari ‘terkena’ ketika membeli lemang.

1. Pilih gerai yang bakar lemang dengan kayu yang banyak

Ini paling penting kerana ia membuktikan lemang tersebut dibakar dan dimasak di situ. Bukan dimasak atau dikukus di tempat lain sebelumnya.

2. Pilih lemang saiz sederhana

Lemang yang bersaiz besar akan cenderung untuk tidak masak dan mentah di bahagian tengah. Manakala lemang yang bersaiz terlalu kecil pula akan mudah garing dan keras setelah dibakar.

3. Minta penjual belah bahagian bawah lemang

Selalunya penjual hanya akan membelah di bahagian atas lemang untuk ditunjukkan pada pembeli. Namun apabila dibawa pulang, lemang tersebut tidak masak sepenuhnya. Jadi, untuk pastikan anda tidak ditipu, minta penjual membelah bahagian bawah lemang.

4. Jangan beli lemang di gerai yang bakar guna kayu pallet

Ramai yang tidak tahu abu kayu pallet sangat berbahaya untuk kesihatan. Kayu pallet sebenarnya telah disalut dengan bahan kimia bagi mengelakkan dimakan anai-anai. Jadi apabila dibakar, bahan kimia tersebut akan mudah termasuk di dalam lemang.

5. Perlu tahu cara simpan lemang dengan betul

Anda dinasihatkan supaya meletakkannya lemang secara terbalik. Ini kerana minyak yang berada di bahagian atas lemang akan menyebabkan ianya mudah basi.

ARTIKEL BERKAITAN:
Lemang Periuk Kera Dapat Sambutan Hangat
5 Perkara Anda Perlu Tahu Pasal Lemang Sushi

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Pasta Makan Puas Hati Kat Cheras?