Bayangkan jika anda kehilangan barang berharga dan kemudian ada pihak yang baik hati memulangkan kembali kepada anda? Itulah perasaan yang dirasai oleh seorang lelaki di Chongqing, China apabila cincin pertunangan untuk melamar kekasih hatinya hilang di sebuah restoran.

BACA: Hidang Wantan Mee Halal, Kedai Kena Serbu

Sumber dari scmp.com

Pada hari kejadian, lelaki yang dikenali sebagai Wang itu ingin membuat kejutan kepada teman wanitanya iaitu dengan melamarnya pada hari ulang tahun perhubungan mereka.

Pada mulanya, Wang pergi makan di sebuah restoran kemudian teman wanita menghubunginya dan dia berpindah dari tempat duduk untuk menjawab panggilan telefon tersebut.

Sumber dari scmp.com

Sekembalinya ke meja, dia mendapati beg yang berisi cincin pertunangan berlian tiga karat bernilai 300,000 yuan (RM193,041) lesap dari tempat duduknya.

Namun nasib baik menyebelahinya apabila seorang penduduk tempatan menyerahkan beg milik Wang kepada pengurus restoran, Yue Xiaohua untuk dipulangkan kembali kepadanya.

Sumber dari suara.tv

Berikutan itu, Wang memutuskan untuk memberi 5,000 mangkuk mee percuma kepada orang awam atas penemuan cincin pertunangannya itu.

“Dia bertanya kepada kami berapa banyak mangkuk mi pedas yang kami jual sehari, dan kemudian memberi saya 35,000 yuan iaitu harga untuk 5,000 mangkuk dan meminta ia diedarkan secara percuma kepada orang ramai,” kata Yue.

Justeru itu, orang ramai beratur panjang di luar restoran tersebut yang terletak di pusat bandar Chongqing untuk mendapatkan mee percuma.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan Tom Yam Sampai Tersedak?