6 Tempat Makan Wajib Cuba Di Kota Kinabalu
Pertama kali menjejakkan kaki di Kota Kinabalu, Sabah – the only makanan yang kami tahu popular di sini ialah sayap ayam atau pun kepak ayam. Oh, bagi anda yang dah tengok video kami, sebenarnya ada beberapa lagi lokasi bonus dalam perkongsian kali ini.
BACA: Sabah Dah Lama Buat, Kelantan Bukan Pertama
BAGAIMANA KEADAAN DI SABAH?
Jika anda baru pertama kali sampai di sini, sebaik saja tiba di airport, dapatkan kereta sewa dan apa yang menariknya, keadaan lalu lintas di Kota Kinabalu adalah sangat tenang dan orang tidak rushing. Paling best, di Kota Kinabalu tiada tol.
MAKAN MANA BEST
Baiklah, perkongsian lokasi yang kami sempat pergi ini hanyalah sepanjang 3 hari 2 hari sahaja. Bagi kami, lebih mudah sekiranya anda ada kenalan di sini, barulah dapat merasai pengalaman sebenar sebagai seorang penduduk di sana.
Untuk perjalanan kami di Sabah ini, terima kasih kepada Hamidi kerana berkongsikan beberapa lokasi makan yang puas hati sangat. Kami kongsikan lokasi sarapan, makan tengahari, minum petang dan juga makan malam. Let’s start.
SARAPAN
1. Restoran Happy Muslim
Mee Rojak dan juga Soto Campur di sini adalah champion. Kuah rojak di Happy Muslim ini boleh dikatakan pekat tapi dalam masa yang sama membuatkan kita payah nak berhenti makan.
Manakala jika anda nikmati hirupan sup dengan perlahan, boleh rasa yang sup ini sudah direneh sebaiknya dalam jangka masa yang lama. Selain itu, terdapat juga pelbagai lagi pilihan makanan lain di sini.
2. Wan Wan Coffe Shop
Fuh, makan di sini memang sangat-sangat puas hati, hidangan yang simple tapi cukup membuatkan perjalanan ke Kota Kinabalu dirasakan berbaloi. Mee Konlo dan juga tomyam ikan merah.
Pada lidah kami, tomyam di sini sudah menghampiri rasa asam pedas tapi serius cakap, memang kena datang sini dan rasai sendiri hidangan istimewa ini. Biasanya kedai mesti penuh dan kena tunggu orang beratur.
MAKAN TENGAHARI
3. The Warung
Kedainya cukup ringkas dan kami tak sangka makanan di sini rupanya memang banyak betul bahagiannya. Memang ambil masa juga nak habiskan makan nasi lalap dan juga ayam penyet di sini.
Tapi kalau lapar, tiada masalah rasanya untuk habiskan.
4. Warung Bandung
Di Warung Bandung, ada nasi panggang dan juga ayam panggang belado. Fuh, siapa suka makan pedas, boleh terjah sini dan dapatkan ayam panggang belado versi paling pedas sekali.
MINUM PETANG
5. Kedai Kopi Kak Tini
Mengikut pertanyaan orang ramai, Kedai Kopi Kak Tini memang legend dan ada juga orang panggil lokasi ini – Pisang Goreng Beratur. Menggunakan pisang abu, kerangupan makan di sini memang lain macam.
Dengan kawasan yang tidak berapa sibuk, memang terasa perlahan waktu berjalan ketika kami makan di sini. Selain pisang goreng biasa, pisang goreng cheese turut ada. Biasanya yang datang ke sini bungkus sampai berpulu-puluh ringgit.
6. Pantai Tanjung Aru
Tak sah sekiranya datang ke Kota Kinabalu jika tak berkunjung ke Pantai Tanjung Aru. Memang pantai di sini sentiasa penuh tapi dalam masa yang sama, ada boleh menjamu selera di kedai-kedai makan yang ada di sini.
Selain boleh cuba dapatkan sayap ayam di sini, anda juga boleh nikmati pemandangan matahari terbenam. Jika rajin, jalan di tepi pantai ke depan sikit, nanti jumpa Lucy’s Kitchen. Boleh juga cuba makan di situ.
MAKAN MALAM
7. Todak Waterfront Seafood Market
Tiada makanan lain yang menjadi sebutan di Sabah jika bukan makanan laut. Kami ke Todak Waterfront untuk makan malam. Lokasi tempat makan ini sebaris dengan pasar Filipina, cuma terus ke depan sikit.
Memang rambang mata pilih ikan di sini dan terpulang kepada anda untuk makan di gerai mana pun. Kami makan di Gerai Santai Haji Manja. Jika orang ramai sangat, harapnya anda boleh bersabar ya.
Apa yang pasti, kebanyakan hidangan di sini disediakan di dalam kuantiti yang banyak, silap-silap boleh kongsi berdua. Tapi bagi anda yang risau terlebih makan dan ingin menurunkan berat badan, Kerengga Lentik Chocolate Shake mungkin jodoh anda.
Mampu membantu menurunkan berat badan anda sehingga 5 kilogram seminggu, produk ini juga turut mendapat reaksi positif daripada pengguna kali pertama dan sekarang ada buat cabaran kurus dalam masa sebulan dengan hadiah wang tunai RM5,000. Gila’kan?
Kami kongsikan juga video pendek kami di Kota Kinabalu Sabah baru-baru ini. Nantikan kami di episod akan datang di Sarawak pula.