Kedai serbaneka 7-Eleven di seluruh Indonesia tidak akan beroperasi bermula hari ini berikutan ia tidak memberi keuntungan kepada syarikat PT Modern International.

Penutupan kedai serbaneka 24 jam itu telah ditutup secara berperingkat sejak minggu lepas dengan meletakkan notis penutupan kedai di pintu masuk.

BACA: Kastam Batal GST Lebih 60 Makanan

Sumber dari intisari.grid.id

Syarikat itu mengumumkan penutupan 141 buah kedai di seluruh Indonesia baru-baru ini, lapor Bursa Efek Indonesia. Sebelum ini, pihak syarikat telah bersetuju menjual perniagaan 7-Eleven Indonesia kepada PT Charoen Pokphand Restu Indonesia tetapi gagal.

“Pemberhentian operasi kesemua kedai 7-Eleven itu adalah disebabkan masalah keterbatasan sumber dan urusan jual-beli saham perniagaan,” kata Pengarah PT Modern Internasional.

Sumber dari bisnis.liputan6.com

Malah, mengikut laporan kewangan suku pertama 2017, hasil penjualan 7-Eleven mengalami penurunan sebanyak 37.17% dari Rp220,66 juta sehingga Rp138,62 juta.

Menteri Perdagangan Indonesia, Enggartiasto Lukita menolak dakwaan mengenai penutupan kedai serbaneka itu menunjukkan kelembapan sektor peruncitan di negara itu kerana terdapat banyak kedai runcit 24 jam tempatan yang lain masih beroperasi seperti biasa.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lepas Makan Mee Kari, Kita Petik Strawberry