CNN travel telah mengadakan poll terhadap 35,000 pembaca mereka untuk memilih sebanyak 50 jenis makanan terbaik dunia. Pelbagai makanan dicalonkan dari serata dunia untuk dipilih menjadi makanan terbaik dunia.

BACA: 9 Jenis Makanan Paling Berbahaya Di Dunia

Kami kongsikan beberapa jenis makanan terbaik dunia mengikut CNN. Makanan dari negara Asia banyak terpilih menjadi antara makanan terbaik dunia.

1. Tom Yam Goong

Sumber dari tabizine.jp

Tomyam Goong merupakan makanan berasal dari Thailand. Tomyam ini sedikit berbeza dari tomyam biasa kerana ia dikatakan lebih pekat dan berlemak kerana menggunakan santan dan krim. Malah, ia juga lebih pedas akan membuatkan anda lebih berselera untuk makan.

2. Dim Sum

Sumber dari cdn.cnn.com

Makanan tradisional bagi masyarakat berbangsa Cina ini semakin digemari oleh bangsa-bangsa lain kerana ia enak dan bagus untuk kesihatan. Biasanya ia dihidangkan dalam kuantiti yang kecil dan enak dimakan bersama secangkir teh.

3. Peking duck

Sumber dari nama.gr

Itik ini biasanya dipanggang menggunakan ketuhar untuk menghasilkan kulit yang rangup dan isi lembut di dalamnya. Lapisan kulit itik itu membuatkan rasanya lebih enak dimakan.

4. Pad Thai

Sumber dari bonappetit.com

Pad thai merupakan street food di negara Thailand. Gabungan mee dan nasi goreng serta dengan pelbagai bahan memberikan rasa yang unik dalam satu hidangan.

5. Ramen

Sumber dari greatist.com

Ramen ialah mee dan ia berasal dari Jepun. Biasanya ia dimakan bersama sup miso dan diletakkan isi ayam goreng, telur rebus, rumpai laut dan daun bawang.

6. Som Tam

Sumber dari yumsome.com

Selain pad thai, somtam juga merupakan makanan popular yang berasal dari Thailand. “Salad” ini terdiri daripada hirisan betik, tomato, bawang putih, cili, asam jawa, sos ikan, kacang tanah, udang kering, limau nipis, gula dan juga kacang panjang.

7. Sushi

Sumber dari riversidehappenings.com

Sushi merupakan makanan tradisional Jepun yang paling digemari di serata dunia. Hidangan yang menggabungkan nasi dengan isi ikan mentah memikat hati orang ramai apabila memakannya.

Selain isi ikan mentah seperti ikan salmon dan tuna, terdapat pelbagai jenis sushi yang anda boleh cuba jika anda tidak gemar memakan makanan yang mentah.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan Burger Nasi Lemak Di Singapore