Mee merupakan salah satu makanan yang popular di Asia. Kadang-kadang mee menjadi pilihan kepada mereka yang tidak gemar makan nasi dan mee lagi cepat dimasak berbanding makanan berlauk. Kami kongsikan tujuh jenis mee terbaik di Asia yang pastinya akan membuatkan pencinta mee teruja.

BACA: Harga Mee Daging RM1,393, Ini Apa Anda Dapat

1. Jap Chae

Sumber dari freshnessgf.com

Jap Chae merupakan hidangan berasal dari Korea. Ia menggunakan glass noodles dan dimasak bersama minyak bijan, sayur-sayuran dan pelbagai bahan lain yang menaikkan aromanya.

2. Miso Ramen

Sumber dari gustotv.com

Sudah ramai rakyat Malaysia yang gemarkan makanan Jepun seperti Miso Ramen. Lagi enak jika dimakan bersama jagung kerana anda akan rasa kemanisan jagung dalam kuah ramen tersebut.

3. Beef Pho

Sumber dari meatlovessalt.com

Mee Beef Pho ini berasal dari Vietnam dan semakin popular di negara ini sedangkan ia sudah lama terkenal di seluruh Asia. Keunikan mee ini terletak pada sup, daun pudina, basil, cili Thailand serta daging lembu yang lembut.

4. Asam Laksa

Sumber dari curiousnut.com

Nampaknya asam laksa Malaysia digemari ramai hingga menjadi antara mee terbaik seluruh Asia. Bayangkan anda dapat hirup kuah laksa yang panas, pekat likat yang cukup rasa tu memang mengasyikkan!

5. Yaki Udon

Sumber dari lovelylanvin.com

Yaki Udon ialah mee udon yang digoreng bersama kicap, daging dan sayur. Walaupun ia ringkas, namun rasanya mampu buat anda teringat!

6. Chow Mein

Sumber dari dinnerthendessert.com

Berbeza pula dengan Chow Mein di mana mee ini dimakan sebagai hidangan pembuka selera atau appetizer di China.

7. Tonkotsu Ramen

Sumber dari seriouseats.com

Ramen ini dikatakan agak sukar untuk didapati pada hari biasa kecuali pada musim panas di Jepun. Apa yang membuatkan ramen ini popular adalah kuahnya yang pekat. Namun, anda harus berhati-hati kerana Tonkotsu Ramen ada yang tidak halal.

Setiap mee pasti mempunyai rasa yang berbeza-beza mengikut negara tetapi ia tetap diminati kerana rakyat Asia sangat menggemari mee dan ia juga terpulang kepada selera masing-masing kerana tekak kita semua lain-lain.

ARTIKEL BERKAITAN:
5,000 Mangkuk Mee Percuma Lepas Jumpa Cincin Tunang
Hidang Wantan Mee Halal, Kedai Kena Serbu
Ini Cara Masak Maggi Bila Putus Cinta

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sumpah Best Makan Tepi Pantai Macam Ni