Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai budaya dan bangsa. Dari situ tercetusnya perpaduan seterusnya wujud pelbagai perayaan dan makanan yang anda boleh dapat di sini.

BACA: Perut Koyak Akibat Burger Cili

Sumber dari coffeewithbob.blogspot.my

Sebenarnya ada di antara rakyat Malaysia yang tidak boleh makan pedas kerana mereka tidak tahan pedas. Tidak semua tetapi sebilangan dari rakyat negara ini tidak boleh makan pedas.

Terdapat beberapa cabaran mengapa mereka tidak tahan pedas antaranya ialah cepat sakit perut, terpaksa minum banyak air dan banyak lagi. Kami kongsikan sembilan cabaran mengapa rakyat Malaysia tidak makan pedas yang anda boleh tahu di bawah ini.

1. Tergigit cili api dalam makanan

Sumber dari sweatblock.com

Perkara paling ditakuti oleh orang yang tidak boleh makan pedas ialah apabila mereka tergigit cili api ketika sedang makan. Mereka tidak boleh tahan tahap kepedasan biasanya tidak boleh habiskan makanan jika terlalu banyak cili api dalam makanan mereka.

2. Terpaksa tukar makanan kerana terlalu pedas

Sumber dari inlifehealthcare.com

Kadang-kadang mereka sendiri tidak tahu sama ada makanan yang bakal dimakan itu pedas atau tidak seperti tomyam, jadi mereka hanya pesan makanan seperti biasa. Namun, makanan yang dipesan rupanya terlalu pedas untuk mereka makan hinggakan mereka terpaksa tukar makanan lain. Kesiannya 🙁

3. Terpaksa makan makanan pedas

Sumber dari youtube.com

Jumlah orang yang tidak boleh makan pedas biasanya sedikit di negara ini. Jadi, kebanyakan orang tidak tahu atau lupa akan golongan ini maka mereka terpaksa makan makanan pedas. Namun, mereka juga boleh pilih sama ada sanggup atau tidak untuk makan jika tidak mahu ‘merana’ di kemudian hari.

4. Ulang-alik masuk tandas lepas makan

Sumber dari resources.stuff.co.nz

Selain itu, golongan kurang makan pedas ini mempunyai perut yang sensitif. Mereka terpaksa masuk tandas berulang kali jika tersalah makan atau makan makanan terlalu pedas bagi mereka.

5. Minum air lebih bagi hilangkan rasa pedas

Sumber dari healthydefinition.com

Air merupakan ‘kawan baik’ mereka tatkala mereka memakan makanan pedas. Kadang-kadang mereka boleh habiskan satu botol besar air ketika mereka sedang menahan pedas.

6. Dipandang sinis kerana tidak makan pedas

Sumber dari gurl.com

Tidak dinafikan ramai rakyat Malaysia sukakan makanan pedas hinggakan mereka berasa pelik mengapa ada yang tidak tahan makan pedas sedangkan bagi mereka pedas itu normal.

7. Terseksa keseorangan selepas makan

Sumber dari haniotika-nea.gr

Bagi golongan tidak makan pedas ini, selalunya mereka yang lebih terseksa apabila makan makanan pedas berbanding rakan-rakan yang suka makan pedas. Malah, ada yang terkena selesema selepas habis makan kerana tidak tahan pedas.

8. Selalu pesan “tak mahu pedas” jika makan di kedai

Sumber dari english-ch.com

Biasanya mereka yang tidak makan pedas akan selalu pesan tidak mahu pedas atau kurang pedas jika makan di kedai makan. Jika bernasib baik, mereka akan dapat seperti yang diminta. Namun, ada juga yang kurang bernasib baik bila pelayan kedai lupa pesanan tadi dan mereka terpaksa makan walaupun pedas.

9. Makan sedikit di rumah sebelum pergi rumah terbuka

Sumber dari pinterest.com

Jika hendak ke rumah terbuka, golongan ini biasanya akan mengalas perut mereka dengan sedikit makanan di rumah kerana tidak tahu apa makanan yang bakal dihidangkan. Jika semua makanan dihidangkan agak pedas, sekurang-kurangnya mereka sudah mengalas perut sedikit dan tidak berasa lapar.

Mungkin anda nampak ini hanya perkara kecil namun bagi mereka yang tidak boleh makan pedas, ia merupakan satu cabaran untuk mencari makanan kurang pedas.

Walau bagaimanapun, kini mudah untuk mencari makanan kurang pedas dan mudah didapati di beberapa kedai atau restoran makanan di negara ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

BURGER PEDAS MALAIKAT MAUT